in

“Aik kenapa cerita masalah rumahtangga sampai pergi rumah” – Isteri Orang Ditangkap Berkhalwat Dengan Duda

Ft Khalwat 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasalah asam garam rumah tangga, kadang-kadang okay, kadang-kadang tak. Tapi janganlah sampai cari orang lain untuk diluahkan perasaan.


Kelmarin, seorang wanita berstatus isteri orang disyaki berkhalwat dengan seorang duda anak satu.

Pemeriksaan yang dilakukan pada 1.54 pagi oleh Pejabat Agama Daerah Kulim menemukan wanita yang berusia 36 tahun serta duda yang berumur 51 tahun di rumah lelaki itu.

Capture 1 1

Pemeriksaan tersebut dilakukan oleh empat penguat kuasa pejabat agama selepas menerima aduan daripada orang ramai kata Ketua Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim, Azwan Azman.

“Penguat kuasa bertindak mengetuk pintu sebelum seorang lelaki membuka pintu dan hasil pemeriksaan menemui seorang wanita sedang bersembunyi di belakang pintu bilik utama rumah,”

Ketika diperiksa pasangan tersebut gagal menunjukkan sebarang bukti bahawa mereka memiliki sebarang hubungan mahram ataupun suami isteri lapor Sinar Harian

Susulan itu, pasangan tersebut menimbulkan syak bahawa mereka melakukan maksiat.

Ketika ditahan, wanita tersebut ditemui bersembunyi di sebalik pintu bilik utama dengan hanya mengenakan baju-T labuh paras peha manakala lelaki tersebut ditemui dalam keadaan berkain pelikat sahaja.

Capture 1

Apabila ditanyakan mengenai sebab dia ke sana, wanita tersebut memberi alasan dia mempunyai masalah rumah tangga.

“Hasil soal siasat, wanita itu memberitahu dia mempunyai masalah rumah tangga dan duda terbabit banyak membantunya daripada segi kewangan selain menjadi tempat untuk meluahkan perasaan,”

Lahh kalau betul pun ada masalah, tak kan tak ada waktu lain nak luahkan perasaan…

Menurut aduan orang awam, wanita tersebut kerap berulang-alik ke rumah lelaki tersebut.

Pasangan tersebut disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Hmm… so korang jangalah buat macam ni. Mesti suami wanita tersebut sedih bila dapat tahu nanti bak kata Rossa, ku menangis membayangkan betapa kejamnya dirimu atas diriku….

 

Baca : Ingat time Covid-19 tak kena sebat ke Pasangan di Aceh Ingkar Perintah Lockdown Pergi Hotel Kantoi Berkhalwat

Capture

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.