in

“Taknak kesilapan negara lain, terjadi di Malaysia” – Kurang 24 Jam Petisyen Batal PKPB Dibuat, 477,000 Orang Dah Tandatangan

Pkpb 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam bermula sudah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dimana beberapa sektor industri telah dibuka semula. Namun begitu, viral di media apabila sudah ada ramai rakyat Malaysia mula membanjiri di sesuatu kawasan Foodcourt di Cheras untuk memberi juadah berbuka.


Malah, ada juga rakyat yang menzahirkan rasa bimbang mereka kerana ada sekali tu kes dua angka menjadi 3 angka semula selama 2 hari berturut-turut. Tapi semalam alhamdulillah kes sembuh lagi tinggi daripada kes baru dan tiada kematian.

Rententetan dengan kebimbangan itu, The Star ada melaporkan bahawa sekitar 133,000 rakyat Malaysia dah tandatangan petisyen untuk rayu kerajaan batalkan PKPB ini.

 

Teruskan PKP. Batalkan PKP Bersyarat

Pkpb 2

Jumlah tandatangan petisyen itu telah diraih dalam masa 17 jam ia dibuat. Petisyen itu dibuat oleh satu golongan yang dikenali sebagai Rakyat Malaysia Prihatin di Change.org

Bagi mereka keputusan kerajaan untuk melonggarkan PKP mungkin adalah satu kesilapan kerana negara Malaysia ada potensi jadi macam negara lain yang tercetusnya gelombang baru selepas lockdown Covid-19 ini dibatalkan.

Dalam petisyen itu mereka jelaskan:

  1. Kami merayu kerajaan Malaysia teruskan PKP dan batalkan PKP bersyarat segera. 
  2. Kami tidak mahu kesilapan negara lain yang beri kelonggaran/batalkan PKP berulang di Malaysia.
  3. Kami tidak mahu barisan hadapan kami keletihan lagi.
  4. Kami tidak mahu kerajaan tunduk pada golongan kapitalis yang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan soal kesihatan dan kebajikan pekerja.
  5. Kami masih boleh teruskan PKP demi masa depan negara kami. 

Kebanyakan daripada mereka yang tandatangan petisyen itu tidak mahu jadi macam Jepun, Germany dan Singapura dimana ketiga-tiga negara ini berlaku gelombang baru Covid-19 setelah beberapa sektor ekonomi mereka,  walaupun ia berjaya pada awalnya untuk membendung wabak itu ke keadaan terkawal.

Ketika ini, petisyen itu telah meraih hampir 480,000 tandatangan untuk mendapatkan 500,000. Dapat dilihat melalui Change.org kini semakin meningkat.

 

Baca : “Dah kebal ke sangat dorang ni”- Degil! Rakyat Tak Ikut SOP, Kawasan Foodcourt Sesak Orang Beli Juadah Berbuka

Pkpb2

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.