in

“Takkan tak check langsung” – Wanita Dari Sabah Tak Perasan Dah 4 Hari Tinggal Dengan Mayat Roommate

Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita tinggal serumah dengan orang, lepastu orang tu sehari suntuk tak keluar bilik, nak tak nak mesti kita akan check jugakkan?


Tapi, tak tahulah macam mana wanita ni boleh tak sedar dia tinggal dengan mayat selama empat hari berturut-turut!

Menurut Berita Harian, seorang wanita berusia 20-an dari dari Kota Kinabalu ni telah membuat panggilan kepada pihak polis pada pukul 6 petang untuk melaporkan bau busuk yang kuat datang dari bilik teman serumahnya.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata pihaknya tiba di tempat kejadian 10 minit selepas laporan diterima.

112348991 Top View Of Dead Body Covered With White Sheet At Crime Scene
Gambar hiasan

Sejurus tiba, bau busuk membuatkan kami terus masuk ke bilik dan menemui mayat seorang wanita terbaring di atas lantai berlumuran darah. Dia dipercayai terjatuh dalam biliknya sendiri.”

Wanita tersebut merupakan seorang guru berusia 27 tahun yang dikatakan tak keluar dari biliknya selama tiga hari berturut-turut.

“Menurut teman serumahnya, si mati tak tinggalkan rumah selama tiga hari dan berdasarkan siasatan awal dari keluarganya, dia dipercayai menderita sakit jantung.”

Habibi berkata, kematian guru ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

Takkan sekolah pun tak cari kalau dah sampai empat hari tak datang kerja?

 

Baca: Askar Kerat Tangan, Seksa dan Bunuh Bekas Kekasih, Mayat Ditinggalkan Membusuk Dalam Bilik Hotel

Screenshot 2019 11 15 At 10.30.45 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.