“Takkan cas sampai rm90” – Pelanggan ‘Complain’ Harga Lukisan Mahal Sebab Harga Kertas & Pensel Murah

Tambah ke Sumber Pilihan
“Takkan cas sampai rm90” – Pelanggan ‘Complain’ Harga Lukisan Mahal Sebab Harga Kertas & Pensel Murah

Lumrah bila orang buat perniagaan dalam bentu service ini, ramai orang yang tak faham betapa penatnya dan sukarnya seseorang peniaga itu berhempas pulas untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggannya macam pelukis yang dikenali sebagai Yasser Yazid ni.

Viral di Twitter,Yasser ada menerima mesej daripada seseorang di Instagram bertanyakan lukisan untuk adiknya, apabila Yasser menjelaskan harga untuk 2 jenis lukisan itu berharga RM90 tinggit, pelanggan terus ‘melantun’ kata harga terlalu mahal.


Ingat mur mur je, RM 10 – RM 20

Egktzmtu8Aa00ViSumber: Yasser Yaziq

Egktz7BumaaiwwwSumber: Yasser Yaziq

Pelanggan itu mati-mati ingatkan harga bagi sekeping lukisan itu dalam RM10-RM20, dia cuba nak nego dengan harga yang lebih murah (harga fans katanya ) sebelum ‘disekolahkan’ oleh Yasser bahawa menghasilkan satu lukisan itu yang nampak real tu bukan satu kerja yang mudah.

Tak nak kalah dengan penjelasannya, pelanggan tersebut siap tanya modal untuk kertas, pen dan pensel yang dia gunakan.

Egktbbvu4Aajs2GSumber: Yasser Yaziq

Harga kertas dan pen, modal tak sampai RM 20

Selepas Yasser menjelaskan modal yang dia gunakan ini, pelanggan tersebut seolah-olah macam tak puas hati dengan harga RM 90 tu dengan mengatakan kos nak beli peralatan melukis itu tak sampai RM 20 pun.

Menurut WORLD OF BUZZ, dia menzahirkan rasa kesal dengan sikap pelanggan sebegitu dan ini bukanlah pertama kali dia hadap. Ramai lagi yang minta harga murah malah kawan-kawan sendiri ada minta lukisan free dekat dia.

Walaubagaimanapun, dia menjelaskan yang dia dah terbiasa dengan sikap dan karenah pelanggan-pelanggan yang selalu minta harga murah.

Egktc1Eumaaclw2Sumber: Yasser Yaziq

Ambil masa 6-7 jam nak siapkan sampai mata jadi kering

Egkt2G

Tambah Yasser ia mengambil masa 6 hingga ke 7 jam untuk menyiapkan satu lukisan sehinggakan matanya jadi kering dan lesu kerana duduk di meja berjam-jam nak siapkan hasil seninya.

Jadi faham lah mengapa dia frust apabila pelanggan meminta harga diturunkan. Sabar orang pun ada batasnya juga kan?

Dia juga ada  menyatakan bahawa persepsi orang tentang seni dan nilainya berbeza. Malah, ada yang menyatakan bahawa ia hanyalah sekadar gambar pada sehelai kertas.

Saya rasa seni itu subjektif. Sebilangan mungkin melihatnya sebagai eksklusif, artistik dan ada yang melihatnya hanya sebagai gambar. Tetapi kebanyakan orang yang tidak berjiwa seni gagal menghargai seni. “

Yasser menegaskan bahawa orang ramai harus memahami dan mengambil berat bukan hanya seni tetapi juga seniman yang menghasilkannya kerana memerlukan  minat dan kemahiran untuk menyempurnakan sesuatu karya.

Sumber : Facebook Yasser Yazid

Baca : Tempah 500 Cupcakes, Minta Harga Murah, Bayar Lambat & Siap Merayu Tapi Dah Siap Customer Boleh Cancel!

Cupcake

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Takkan cas sampai rm90” – Pelanggan ‘Complain’ Harga Lukisan Mahal Sebab Harga Kertas & Pensel Murah
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/takkan-cas-sampai-rm90-pelanggan-complain-harga-lukisan-mahal-sebab-harga-kertas-pensel-murah/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM