in

“Takkan 2 peratus je?” – Netizen Tak Puas Hati Dengan Cara Penilaian Ajai Di Big Stage 2020

Aa 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam telah bersiaran konsert pertama Big Stage 2020 bagi musim terbaharu. Penganjuran rancangan realiti nyanyian ini merupakan penganjuran tahun ketiga selepas mendapat sambutan hangat untuk dua musim sebelum ini yang membariskan para artis ‘budak baru nak up’ (BBNU).


A 1 4

Bertemakan ‘starter pack’, para peserta perlu menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh mereka sendiri atau lagu ‘cover’ yang pernah mendapat sambutan sepanjang karier mereka.

Antara perbezaan yang diketengahkan oleh penganjur adalah barisan juri yang baharu. Bagi dua musim sebelum ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza sangat sinonim sebagai juri. Tetapi pada edisi kali ini pula barisan juri tetap terdiri daripada 3 artis tanah air iaitu Ajai, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir.

Ajai terima kecaman netizen

Seperti yang kita tahu, antara format konsert Big Stage ini adalah memaparkan markah yang diberikan oleh juri tetap selepas setiap persembahan peserta.

Walaupun masih konsert pengenalan, Ajai telah memberikan komen-komen yang dianggap kasar dan jumlah markah yang diberi juga telah mengundang ketidakpuasan hati netizen.

Hal ini bermula apabila Ajai memberikan markah 20% kepada Amir Hasan yang menyanyikan lagu Akad dengan komen…

“Awak sedap mata memandang, tapi tak sedap didengar”

A2 2

Namun, pada persembahan Hafiz Zainal, mengejutkan apabila Ajai hanya memberikan 2%. Malah komen yang diberikan Ajai kepada Hafiz yang mengatakan…

“Biar awak diam pun takpe, sampai awak hum dapat the right key. Atau awak pengsan lebih bagus”

A1 2

Markah dan komen-komen yang diberikan oleh Ajai telah mendapat pelbagai respon oleh netizen di media sosial.

Rata-rata mengatakan markah yang diberikan oleh Ajai terlalu rendah dan tugas juri adalah mendidik bukan untuk menjatuhkan peserta lebih-lebih lagi ini hanyalah konsert pengenalan.

A3 A4

Bak kata pepatah, rumah siap pahat berbunyi. Walaupun konsert telah tamat, masih ramai netizen yang tidak berpuas hati sehingga ada membuat petition supaya Ajai tidak lagi menjadi juri di Big Stage 2020.

A5

“Saya nak mendidik” – Ajai

Namun begitu, Ajai juga telah menyatakan pendiriannya bahawa dia sebagai juri bertindak untuk mendidik bukan melemahkan semangat mana-mana peserta. Tambah beliau lagi, setiap kesilapan perlu diperbetulkan supaya dapat menghasilkan persembahan yang lebih baik pada minggu seterusnya.

A6

 

Baca: “Telan kaset” – Tokti Belanja Netizen Dengan ‘Konsert Mini’ di Instagram

A7

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube
Sumber: YouTube
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.