in

“Takde otak!” – Ibu Bapa Cetus Kecaman, Sanggup Letak Anak Di Tebing Tinggi Demi Kepuasan Bergambar

Ft Tanah Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dapat dinafikan bahawa terdapat sesetengah individu yang sanggup melakukan sesuatu yang berbahaya semata-mata untuk mendapatkan hasil fotografi yang menakjubkan.


Ada yang sanggup memanjat tiang billboard ‘gergasi’, mercu tanda malah ada juga yang sanggup melakukan aksi-aksi ‘mission impossible’ yang boleh meragut nyawa sendiri gara-gara ingin kepuasan bergambar untuk dimuat naik ke akaun media sosial masing-masing.

Sanggup buat apa sahaja demi ‘sesuap’ like. 

 

Letak anak kecil tepi tebing tidak stabil, nak bergambar

Baru-baru ini, para pengunjung di sebuah pusat peranginan di West Bay, Dorset telah ‘disajikan’ pula dengan aksi berbahaya pasangan suami isteri ini apabila mereka sanggup meletakkan anak-anak mereka yang masih kecil di tepi tebing tinggi yang tidak stabil sambil mengambil gambar.

Memetik laporan Mirror UK, salah seorang anak perempuannya yang dianggarkan berusia 8 tahun dilihat sedang duduk dengan keadaan kedua-dua belah kakinya tergantung di penghujung tebing tersebut, Manakala, adik lelakinya pula kelihatan sedang memandang ke arah kamera.

Bukan setakat itu, terdapat juga seekor anjing peliharaan mereka yang berada di sisi kedua-dua pasangan tersebut yang sedang memegang sebuah kamera.

Feat Tanah 1

 

Pernah berlaku kejadian tanah runtuh

Apa yang mengejutkan, sebelum ini telah berlakunya beberapa insiden tanah runtuh di tebing tersebut pada bulan Ogos yang lalu.

Terdapat runtuhan besar yang melibatkan batu seberat 800 tan di sepanjang Jurassic Coast di Burton Bradstock pada Ogos lalu.

 

Dah pasang papan tanda amaran

Walaupun sudah dipasang papan tanda amaran yang melarang pengunjung pantai daripada berdiri berhampiran dengan tebing, namun pasangan tersebut tetap mengabaikan keselamatan anak-anaknya.

Perbuatan ‘berani mati’ pasangan tersebut berjaya dirakam oleh salah seorang pengunjung pantai, Mazz Blehs yang berusia 57 tahun.

Tambah wanita itu, dia pada ketika itu sedang keluar bersiar-siar dengan suaminya sebelum terlihat kejadian ‘ngeri’ tersebut melalui binokular yang turut dibawa bersama.

Suami saya nampak dulu melalui binokular kepunyaannya dan bercakap “tengok tu”. 

Menurut wanita itu, kanak-kanak perempuan tersebut dianggarkan baru berusia 7 ke 8 tahun manakala adik lelakinya kelihatan baru berusia 3 tahun.

Ia sangat berbahaya dan saya rasa tak sedap hati melihatnya. 

Tanah

Gambar yang ditularkan di media sosial itu berjaya meraih perhatian netizen yang ternyata geram dengan tindakan ibu bapa kanak-kanak tersebut yang langsung tidak mengendahkan keselamatan anak-anak demi sekeping gambar.

 

“Anugerah terb***h…” – Netizen

Komen Tinggi 1

Komen Tinggi 2

Komen Tinggi 3

Untuk pengetahuan korang, kejadian ‘maut’ tanah runtuh di kawasan tersebut bukanlah kali pertama berlaku di sana. Pada tahun 2012, seorang pelancong, Charlotte Blackman, 22, dikatakan telah menemui ajal apabila berlakunya tanah runtuh sewaktu dia sedang berjalan di bahagian bawah tebing di sepanjang Tapak Warisan Dunia Jurassic Coast di situ.

Baca: “Siap goncang tangan anak suruh tengok kamera” – [VIDEO] Lelaki Dikecam ‘Gantung’ Anak Dekat Tebing Curam Demi Gambar Cantik Baca Anak 1

Sumber: Mirror UK
Sumber: Mirror UK
Sumber: Mirror UK
Sumber: Mirror UK
Sumber: Mirror UK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.