in

“Siap goncang tangan anak suruh tengok kamera” – [VIDEO] Lelaki Dikecam ‘Gantung’ Anak Dekat Tebing Curam Demi Gambar Cantik

Gantung Boy

Selalunya kalau kita pergi ke kawasan tumpuan pelancong yang cantik, mesti taknak lepaskan peluang untuk bergambar dengan kreatif. Tapi, malangnya trend mengambil gambar kreatif zaman sekarang termasuklah dengan membahayakan nyawa seperti yang viral di China baru-baru ini.

Seorang bapa telah menimbulkan kemarahan orang ramai selepas dia merisikokan nyawa anak kecilnya baru-baru ini. Menurut laporan, lelaki itu sanggup ‘menggantung’ anak lelakinya di tebing curam semata-mata untuk dapatkan gambar yang cantik di Hongjing Road, Fangshan, Beijing.

Gunung

Kawasan jalan yang berbukit itu merupakan lokasi tumpuan pelancong di Beijing dan insiden tersebut telah dirakam oleh sekumpulan pelancong lain. Video itu mula viral di media sosial China, Weibo dengan lebih 13 juta tontonan dalam tempoh 24 jam.

Melalui video tersebut, lelaki yang memakai baju putih tersebut dilihat mencangkung sambil memegang kedua-dua tangan anak lelakinya yang ‘tergantung’ di kawasan bahaya tersebut.

Gunung2

Anaknya itu pula dikatakan hanya melihat ke kiri dan ke kanan tanpa mengetahui nyawanya dalam bahaya disebabkan tindakan bapanya sendiri. Apabila anaknya melihat sekeliling, si bapa dilihat menggoncangkan tangan memberi isyarat supaya ‘pandang kamera’. Menurut Daily Mail, seorang saksi didengari menangis dan berkata,

Tengok! Tengok! Tangan kanak-kanak itu menggeletar.”

Difahamkan, individu berbaju hitam yang menjadi jurugambar itu juga merupakan anak lelakinya dan boleh dilihat beberapa orang lain termasuk anak kecil melepasi penghadang jalan tersebut, berdiri di tepi tebing.

Namun, beberapa pelancong lain yang berada berdekatan dengan bapa dan anak-anaknya itu dilihat tidak mempedulikan mereka. Kumpulan tersebut yang dipercayai berbasikal ke atas bukit itu dilihat sedang bersembang dan tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekeliling.

Gunung1

Ramai pengguna Weibo memberikan komen di mana majoriti daripada mereka mengecam tindakan bapa tersebut namun tidak dinyatakan sama ada perbuatan itu boleh disaman pihak polis atau tidak. Antara komen diterjemahkan di Daily Mail,

“Dia tak layak jadi bapa! Saya kasihankan anak itu kerana mempunyai bapa seperti ini!”

“Kau anggap nyawa anak seperti perkara remeh demi ambil gambar! Bodoh dan tiada otak!”

Trend mengambil gambar bahaya seperti itu menaikkan kemarahan dan membuatkan netizen risau kerana ternyata memang ramai sanggup merisikokan nyawa demi mendapatkan ‘best shot’ sebegitu. Buktinya, lihatlah dalam video tersebut ada juga beberapa pelancong lain duduk di tepi tebing sambil kaki mereka tergantung begitu saja.

Gunung3

Tonton video di bawah: 

 

Baca: Bahaya! Kanak-Kanak Dirakam Duduk Dan Bergayut Atas Kereta Sedang Bergerak

Kereta

Sumber: The Sun
Sumber: Daily Star
Sumber: The Sun