“Takde empati langsung!”- Wanita Bengang Pengurusan Hotel Teruk, Jual Mi Goreng Harga RM28 Masa Banjir

Tambah ke Sumber Pilihan
“Takde empati langsung!”- Wanita Bengang Pengurusan Hotel Teruk, Jual Mi Goreng Harga RM28 Masa Banjir

Ekoran kejadian banjir yang menimpa kawasan di sekitar semenanjung Malaysia baru-baru ini, banyak kisah sedih dan pilu yang terpapar di media sosial berkaitan dengan mangsa-mangsa yang terlibat.

Namun perkongsian wanita ini menerusi laman Twitter bukanlah satu kisah pilu tetapi kisah yang boleh membuat sesiapa sahaja yang membacanya bengang.


Sebuah hotel ternama di daerah Shah Alam telah didakwa memberi layanan yang teruk kepada pelanggannya yang terkandas akibat banjir yang berlaku. Melalui perkongsian wanita tersebut, dikatakan adiknya yang merupakan jurusolek keluarga pengantin telah terkandas di hotel berkenaan selepas selesai bekerja di sebuah majlis perkahwinan di sekitar kawasan berdekatan.

Semasa terkandas di hotel tersebut, dia memberitahu bahawa pihak hotel terbabit sanggup menjual mi goreng dengan harga RM28 kepada para pelanggan yang terkandas.

Bukan itu sahaja, pihak pengurusan hotel tersebut juga dikatakan agak biadap apabila hanya menjawab “tak ada” kepada adik wanita itu ketika ditanya sekiranya ada bilik kosong untuk menginap dan membersihkan diri. Pekerja hotel berkenaan memberi alasan mereka tidak boleh sewenang-wenangnya untuk membatalkan tempahan pelanggan dan memberi bilik tersebut kepada orang lain.

Hotel tersebut juga didakwa tidak menawarkan penempatan sementara kepada mangsa yang terkesan walaupun masih mempunyai banyak bilik yang kosong. Sementara itu, pelanggan yang kelaparan akibat terkandas di situ terpaksa meminta simpati pekerja di bahagian dapur dan diberi semangkuk bijirin walaupun dikatakan sebenarnya mereka tidak dibenarkan berbuat demikian.

Perkongsian wanita ini telah pun mengundang perhatian ramai serta pihak hotel itu sendiri. Mereka juga telah mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial mereka bahawa pihak pengurusan akan membuat siasatan berkaitan isu ini agar dapat diselesaikan secepat mungkin.

Media Hotel 1Sumber: Twitter

Media Hotel 2Sumber: Twitter

Media Hotel 3Sumber: Twitter

Mungkin ada berlaku salah faham kut antara pekerja dan pelanggan…masa tu semua orang pun penat kan. Semoga dapat diselesaikan dengan baik lah.

 Baca: Masak sebutir-sebutir ke?-Jual Semangkuk Nasi Putih Hampir RM25, Hotel Di Singapura Terima Kecaman

Baca Hotel

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izatul Azman
Lagi tulisan Izatul
Bonjour, nama penuh saya ialah Nur Izatul Najwa binti Azman tetapi lebih dikenali sebagai Wawa, berumur 23 tahun. Saya berasal dari Johor dan merupakan pelajar tahun akhir Bacelor Bahasa Asing (Perancis) di Universiti Putra Malaysia. Saya seorang yang sukakan cabaran dan suka mencuba benda baru.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Takde empati langsung!”- Wanita Bengang Pengurusan Hotel Teruk, Jual Mi Goreng Harga RM28 Masa Banjir
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/takde-empati-langsung-wanita-bengang-pengurusan-hotel-teruk-jual-mi-goreng-harga-rm28-masa-banjir/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM