in

50 Mangsa Banjir Di Taman Sri Muda Failkan Saman Kepada Kerajaan Malaysia Atas Sebab Kecuaian

Page Banjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat lagi dengan kejadian banjir besar yang melanda sekitar Lembah Klang hujung tahun lepas?


Menurut Berita Harian, banjir besar yang berlaku pada 18 Disember 2021 itu, telah mengorban seramai 48 mangsa dan difahamkan rekod itu merupakan rekod tertinggi yang dicatatkan dalam sejarah bencana banjir yang berlaku di Malaysia.

Banjir teruk yang berlaku khususnya di Taman Sri Muda, Shah Alam telah menyebabkan kawasan perumahan di situ ditenggelami air dan tak boleh diselamatkan. Ekoran itu, 50 penduduk yang terlibat telah failkan saman kepada kerajaan Malaysia.

Banjir 2

Menurut sumber, kesemua 50 mangsa banjir itu turut menuntut pampasan sebanyak lebih RM 3.7 juta atas sebab kecuaian pihak kerajaan Malaysia dengan sembilan yang lain pada 22 Jun lalu di Mahkamah Tinggi, Shah Alam.

“Sebab gagal bagi perlindungan”

Ini kerana, dipercayai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) gagal untuk memastikan pembinaan saliran yang betul dan perparitan rosak selain dari tidak melaksanakan perlindungan untuk Taman Sri Muda yang terkenal dengan kawasan yang mudah terdedah kepada banjir.

Banjir 1

Peguam yang mewakili kesemua 50 penduduk Taman Sri Muda, V. Vemal Arasan berkata bahawa mereka telah menemui Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran yang kemudiannya telah melantik peguam untuk mengendalikan kes ini.

“Sekumpulan lagi penduduk di Klang yang diwakili oleh pasukan peguam yang sama merancang untuk memfailkan saman yang sama di Mahkamah Tinggi Klang.” – Ujar Vemal Arasan

Banjir di Taman Sri Muda yang berlaku Disember lalu merupakan kejadian paling teruk selepas pernah juga dilanda bencana sama pada Disember 1995. Difahamkan tarikh sebutan semula kes ini akan dibuat pada 25 Julai ini.

Memang teruk betul banjir tahun lepas tu. Min sampai takut lah nak keluar kalau hujan sampai sekarang…

Baca: Syarikat Jepun Bina Rumah Terapung & Kalis Air, Adakah Ia Akan Jadi Penyelesaian Banjir?

Untitled 3 8

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.