Korang pernah tak rasa tertipu dengan harga sesuatu makanan? Contohnya, seperti isu yang pernah viral sebelum ini mengenai ‘Siakap Kayangan’ di Langkawi yang mencecah harga lebih RM1,000.
Perkara yang lebih kurang sama juga dilaporkan berlaku di Singapura cuma kali ini makanan yang menjadi tumpuan ramai bukanlah ikan siakap seperti yang berlaku di Malaysia, tapi hanyalah semangkuk nasi putih.
Memetik laporan portal Independent, seorang pengguna media sosial TikTok ada berkongsi satu video yang memaparkan resit room service yang dipesannya ketika menginap di salah sebuah hotel ternama di Singapura.
Menerusi perkongsiannya, pengguna media sosial terbabit memesan dua mangkuk nasi putih semasa menginap di suite presidential di sebuah hotel ternama. Pun begitu, individu berkenaan terkejut selepas menerima menerima bil berjumlah hampir S$19 (RM58.38) untuk dua mangkuk nasi putih berkenaan.
Menurut resit pembayaran yang disertakan dalam video berkenaan, semangkuk nasi putih berharga S$8 (RM24.58). Pengguna media sosial terbabit juga dicaj hampir S$3 (RM9.22) bagi caj servis dan tax
https://www.tiktok.com/@richlife1688/video/7000814000640511234?referer_url=https%3A%2F%2Fwww.independent.co.uk%2F&referer_video_id=7000814000640511234&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
“Semangkuk nasi putih kecil paling mahal,” tulis individu terbabit.
Setakat artikel ini ditulis, video terbabit sudah ditonton 355.3 ribu kali dan telah meraih pelbagai komentar daripada pengguna media sosial TikTok lain yang rata-rata terkejut dengan harga semangkuk nasi putih itu. Ada yang menganggap insiden itu adalah satu rompakan secara terang-terangan.

“Nasi itu diperbuat daripada emas kot,” tulis netizen.
“Mungkin mereka masak nasi itu sebutir-sebutir lepas tu kumpulkan semua sampai cukup dua mangkuk. Sebab tu la harga dia mahal,” komen netizen lain pula.
Pun begitu, ada juga beberapa pengguna laman sosial lain yang mengatakan harga terbabit adalah setimpal dan sama seperti mana-mana hotel empat atau lima bintang lain.
“Ini adalah hotel yang sangat mewah. Penginapan satu malam di situ saja dah mencecah S$400 (RM1,229.09). Jadi, harga semangkuk nasi sampai begitu tak mengejutkan lagi-lagi ia adalah pesanan room service,” tulis netizen.
Sumber: Independent
Baca: “Bukan nak sombong” – Mangsa ‘Siakap Kayangan’ Tolak ‘Offer’ DSV Untuk Bayar Harga Ikan