in

“Tak tau apa-apa, tiba-tiba tercalon” – Bukan Artis, Penyanyi Atau Pelakon, Remaja Ini Terkejut Tiba-Tiba Tercalon ABPBH 33

Wafiy Rosli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sungguhpun majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH33) sudah berakhir pada Jumaat lalu, warga netizen katanya masih lagi bercerita mengenai isu anugerah ini.


Terbaru, seorang remaja bernama Wafiy Rosli katanya terkejut apabila namanya menjadi sebutan ramai selepas tercalon dalam Artis Baru Lelaki Popular dalam anugerah berprestij ini.

Apa yang peliknya ialah remaja lelaki ini bukanlah seorang penyanyi mahupun pelakon malah tidak ramai juga yang mengenali siapa dirinya ini. 

Menerusi perkongsian di instastory remaja ini, dia sama sekali terkejut dan tidak tahu bahawa dirinya tercalon dalam kategori tersebut sehinggalah dia dimaklumkan oleh rakan-rakan.

 

“Aku dengan tak tahu apa-apanya tiba-tiba tercalon fuhh dasyat dasyat” 

Img 5147

Img 5148

 

“Artis tanpa sengaja”

Menurutnya lagi, dia seakan-akan terjun dalam dunia hiburan ini sebagai seorang artis tanpa sengaja. Wah macam tajuk drama pulak ye… 

Img 5149

Img 5151

Img 5152

 

“Saya cuma terkejut, tapi mungkin cara penyampaian saya tu salah…” 

Pun begitu, reaksi Wafiy Rosli berkenaan pencalonannya dalam anugerah tersebut telah menimbulkan sedikit rasa tidak puas hati netizen dan pihak ABPBH. Dia kemudian telah memuat naik video permohonan maaf di Instagramnya.

Meskipun tidak menang, Wafiy amat berbangga dan berterima kasih dengan pihak ABPBH serta TV3 atas pencalonan tersebut.

Tahniah dik. Tu namanya rezeki. Mana tahu lepas ni masuk job berlakon pulak. 

Baca: “Tak ada niat untuk promote” – Shaheizy Sam Mohon Maaf Bawa Pod Atas Pentas Malam ABPBH

Sam

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.