in

“Tak ada niat untuk promote” – Shaheizy Sam Mohon Maaf Bawa Pod Atas Pentas Malam ABPBH

Ft Sam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) telah melabuhkan tirainya Jumaat lalu, masih ada yang bercerita mengenai perkara yang berlaku pada malam itu.


Bak kata pepatah, rumah siap, pahat berbunyilah ni.

Apa lagi kalau bukan insiden Shaheizy Sam membawa ‘pod’ ke atas pentas ABPBH yang jadi bualan ramai.

Insiden yang menarik perhatian ramai termasuk Public Health Malaysia (PHM) di akaun Facebook mereka dengan mempersoalkan tindakan pelakon itu yang dianggap mempromosikan bahan tersebut.

Sedar akan dirinya yang menjadi perbualan ramai pelakon yang mesra disapa Sam itu pantas membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Sam meminta maaf kepada pihak penganjur ABPBH serta TV3 selain turut mengakui perkara yang berlaku adalah atas kecuaiannya sendiri.

 

Sam turut mengakui keadaan adalah sedikit berbeza dibelakang pentas kerana suasana sedikit lengang.

Menurut Sam lagi, dalam suasana yang lengang itu dia hanya fokus untuk memberikan yang terbaik sebagai penyampai sehingga terlupa mengenai ‘pod’ yang dimilikinya.

Ini adalah keperluan Sam sendiri, Sam dah gantung banyak dekat leher Sam ni, dah lebih setahun. Ini memang kegunaan diri Sam sendiri.

Biasalah, kalau dah selalu ada mesti tak perasan. Macam kita simpan phone dalam poket, kadang-kadang tak rasa kan…

Sam juga telah meminta ampun maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan perbuatannya serta meyakinkan perkara ini tidak akan berulang lagi.

Sam minta ampun maaf. InsyaAllah perkara ni tak berulang lagi

Janganlah kita cepat nak tunding jari. Sam pun dah minta maaf. Tak kan lah Sam nak biar banana fruit two times kan…

Baca : Usah sembang pasal SOP, jika vape pun dipromosikan Shaheizy Sam Ditegur Sebab Tayang Vape

Capture 7 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.