“Tak tahu nak sedih ke gelak” – Suami Isteri Terkedu Sekejap Jiran Tebuk Dinding Tembus Sampai Ke Rumah Sebelah

Tambah ke Sumber Pilihan
“Tak tahu nak sedih ke gelak” – Suami Isteri Terkedu Sekejap Jiran Tebuk Dinding  Tembus Sampai Ke Rumah Sebelah

Hidup berjiran ni seharusnya hormat-menghormati perlu menjadi keutamaan untuk mengekalkan suasana yang harmoni dalam kehidupan bersama. Jiran ni boleh dikatakan penting sebagai penyelamat sekiranya kita dalam kesusahan. Contohnya kalau garam habis ha boleh minta sikit dekat jiran hahahaha…

Tetapi, selalu juga kita lihat di media sosial mengenai kerenah dan perangai jiran yang kadang-kadang lebih mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib orang yang lain.


Seperti baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah pasangan suami isteri berkongsi pengalamannya bersama dengan jiran yang buat mereka terhibur!

Suami isteri terkedu sekejap jiran tebuk dinding sampai tembus!

Video berdurasi 50 saat itu telah dikongsi di laman TikTok Desiani Fitri Azman yang memaparkan situasi dimana mereka terkedu sekejap apabila melihat kerenah jiran yang menebuk dinding sampai tembus ke rumah pasangan tersebut.

Menerusi video itu, situasi dapat dilihat seperti sebuah batang besi yang telah menembusi ke dinding rumah pasangan tersebut. Yang menarik perhatian, mereka tenang melihat perkara tersebut siap gelak ketawa lagi. hahahaah!

“Tak tahu nak sedih ke ketawa… Ngekek laki bini tengok.”

Dikatakan pasangan suami isteri tersebut baru sahaja ingin keluar dari rumah dan tiba-tiba terdengar bunyi tebukan dan gegaran yang dahsyat.

“Nasib la tak keluar rumah lagi.. kalau tak balik dari kelaur mesti terperanjat tengok dinding rumah dah berlubang.”

Rupanya bukan kali pertama tapi dah 3 kali

Menurut mereka, perkara tersebut bukan kali pertama terjadi malah sudah tiga kali jiran mereka dikatakan buat ‘hal’ dengan menebuk dinding rumah yang sehingga memberi kesan kepada rumah mereka juga.

“Penukang energynya terlebih sangat. Tu yang bolong aja dinding rumah kami.”

Netizen puji suami isteri mampu sabar, kalau yang lain mahu jadi hulk sudah!

Video tersebut meraih perhatian netizen dengan rata-rata daripada mereka memuji tindakan suami isteri tersebut yang tidak melatah terlalu cepat menghadapi situasi tersebut. Kalau min mahu jadi hulk dah hahahaah!

Ada juga netizen yang terhibur dengan tindakan jiran tersebut tapi yang dianggap mungking tidak perasan dah tertebuk dinding jiran sebelah.

Screenshot 2022 08 22 At 2.41.58 PmSumber: TikTok

Screenshot 2022 08 22 At 2.42.12 PmSumber: TikTok

Screenshot 2022 08 22 At 2.42.19 PmSumber: TikTok

Sabar jelah kalau dapat jiran macamni….. 

Baca: Pasangan Suami Isteri Saman Jiran Gara-gara Tak Tahan Dengar Ayam Berkokok 200 Kali Sehari

Screenshot 2022 08 22 At 2.57.43 Pm

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syafiq Sham
Lagi tulisan Syafiq
Syafiq, 21 tahun dan berdarah pahlawan negeri Melaka. Seorang yang sukakan Nasi Lemak tidak kira waktu. Pencinta lagu Indonesia juga hanya apabila dia sendu. Paling penting, dia tak suka terung.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Tak tahu nak sedih ke gelak” – Suami Isteri Terkedu Sekejap Jiran Tebuk Dinding Tembus Sampai Ke Rumah Sebelah
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tak-tahu-nak-sedih-ke-gelak-suami-isteri-terkedu-sekejap-jiran-tebuk-dinding-tembus-sampai-ke-rumah-sebelah/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM