in

Pasangan Suami Isteri Saman Jiran Gara-gara Tak Tahan Dengar Ayam Berkokok 200 Kali Sehari

F1 Cikin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hidup berjiran ni pun ada banyak cabarannya. Kalau dapat jiran sebelah yang tak bertoleransi macam sesuka hati parkir kereta depan pagar rumah kita atau buang sampah dalam halaman kita, memang pening kepala.


Situasi yang hampir sama berlaku kepada pasangan suami isteri di Bad Salzuflen, Jerman apabila mereka nekad mahu menyaman jiran mereka selepas tidak tahan lagi terpaksa mendengar ayam peliharaan jirannya itu berkokok setiap hari.

2 1

Menurut Oddity Central, Friedrich-Wilhelm, 76 tahun dan isterinya  Jutta mendakwa bahawa ayam yang diberi nama Magda itu berkokok sebanyak 200 kali sehari.

Pasangan itu juga mendedahkan bahawa mereka berdua sudah lama tidak dapat berehat dengan tenang di rumah sendiri gara-gara bunyi ayam itu.

Difahamkan, sekitar jam 8 pagi, haiwan berkenaan akan mula berkokok sehingga waktu petang. Ia berhenti berkokok apabila tuannya memasukkannya ke dalam reban bersama ayam lain.

Bukan itu sahaja, pasangan berkenaan juga dikatakan telah bertahan dengan situasi itu selama lapan tahun.

David Cain Esub4Xjxoz4 Unsplash
Gambar sekadar hiasan

Mereka berdua juga mengatakan mereka tidak boleh membuka  tingkap atau berehat di taman rumah kami kerana bunyi ayam tersebut.

Manakala peguam pasangan itu pula mengatakan ayam yang kuat berkokok tidak sepatutnya dipelihara di kawasan kejiranan yang tenang.

Ada jiran lain pula yang terpaksa berpindah ke kawasan lain dua tahun lalu kerana tidak tahan dengan bunyi berkokok yang tiada henti itu,’ tambahnya lagi. 

Pasangan terbabit juga telah merakam bunyi kokokan ayam itu untuk dijadikan bukti di mahkamah nanti.

Mereka memutuskan untuk membawa kes ini ke pengadilan kerana mereka sebelum ini telah cuba untuk berunding dengan jiran itu namun tiada jalan penyelesaian ditemui.

Ini kerana jirannya itu memberitahu wartawan bahawa ayam jantan penting untuk ayam betina. Jika tidak, ayam betina akan mematuk antara satu sama lain.

Namun, kisah seumpama ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana pada 2019, seekor ayam jantan di Perancis iaitu Maurice juga pernah menyebabkan keluarga yang memeliharanya disaman oleh jiran, lapor The Guardian.

Sumber: Oddity Central

Baca: “Boleh plak bantai sendawa”- [VIDEO] Kelakar! Ayam Berkokok, Lampu Terpadam & Macam-Macam ‘Struggle’ Geng Wartawan Bila Kena WFH

1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.