in

“Tak tahu isu semasa ke?” – Lepas Rekaan Pakaian, MOM Dikecam Lagi Kerana Tajaan Kasut?

syaz ft 2024 07 05T105057.337

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berbaki 21 hari lagi menuju temasya sukan Olimpik yang bakal diadakan di Paris, Perancis bermula 26 Julai ini.

Setakat ini, seramai 26 orang atlet bakal berentap dalam sukan pelbagai acara yang diadakan 4 tahun sekali itu.


Artikel berkaitan: Teruk Dikecam, MOM Bakal Lancarkan Seragam Baru Untuk Olimpik Paris?

Artikel berkaitan: “Pakaian rasmi baharu” –  Kontinjen Malaysia Dapat ‘Belang’ Baru Untuk Olimpik Paris 2024

Baru sahaja reda dengan kontroversi pakaian seragam buat atlet Malaysia di kejohanan itu, timbul lagi satu kontroversi baru yang juga berkaitan dengan pakaian mereka.

Semalam, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) membuat pengumuman di mana kasut para atlet akan ditaja oleh jenama Skechers dan ia menimbulkan kemarahan ramai kerana jenama itu menyokong kuat negara Israel.

Umum mengetahui, Malaysia sangat aktif dalam membantah genosid yang kini berlaku di Palestin dan memilih jenama ini sebagai penaja membuatkan ramai yang tidak puas hati.

Malah, ramai juga yang menganggap keputusan itu tidak wajar kerana banyak lagi jenama tempatan yang jauh lebih layak untuk dibawa ke pentas antarabangsa itu.

1 4

Pun begitu, setakat artikel ini ditulis masih belum ada kenyataan daripada MOM atau Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.