Tahun 2020 akan menjelang tiba tidak lama lagi. Banyak kisah suka dan duka yang tercatat sepanjang tahun 2019. Banyak juga kisah hangat yang diperkatakan kepada selebriti-selebriti berasal daripada Korea Selatan.
Antara kisah yang menjadi perbualan hangat ialah mengenai kematian, skandal, dan juga kemenangan artis berasal dari Korea dalam pertandingan nyanyian di Malaysia. Ok jum kita throwback sikit.
1. Bintang Korea Sulli
Penyanyi dan pelakon Kpop Sulli, 25, ditemui mati dirumahnya di Seongnam, Gyeonggi. Dia ditemui oleh pengurusnya dalam keadaan tidak sadarkan diri sekitar jam 3.21 petang.
Namun menurut pihak polis, melalui hasil siasatan awal tiada tanda-tanda Sulli dibunuh. Setakat ini juga, punca kematian Sulli masih belum di sahkan.
Tapi, para peminat membuat spekulasi bahawa bintang Kpop itu berkemungkinan membunuh diri akibat mengalami depresi dan terkesan dengan tomahan serta kecaman netizen.
2. Bintang Kpop Goo Hara
Selepas kematian Sulli, rakan baiknya Goo Hara yang juga merupakan bekas ahli kumpulan KARA dilaporkan meninggal dunia dalam rumahnya di Gangnam, Seoul.
Penyanyi ini juga dikatakan pernah diugut dengan bekas kekasihnya yang ingin menyebarkan klip video seks mereka. Disebabkan itu, timbul spekulasi bahawa ugutan tersebut telah menjadi salah satu punca Goo Hara menghidap depression dan akhirnya membunuh diri.
3. Bintang Kpop Cha In Ha
Selepas kematian dua bintang Korea Sulli dan Goo Hara, seorang lagi penyanyi yang berasal dari negara itu dilaporkan telah meninggal dunia.
Penyanyi yang dikenali sebagai Cha In Ha merupakan salah seorang anggota kumpulan Surprise U di temui mati pada waktu tengah hari 3 Disember yang lalu. Namun kematian penyanyi ini masih dalam siasatan dan belum di pastikan punca kematiannya.
4. Bekas ahli Big Bang, Seungri
Seterusnya adalah mengenai bekas ahli kumpulan popular Korea Selatan, Big Bang iaitu Seungri yang di dakwa terlibat dalam mengatur aktiviti pelacuran untuk bakal pelabur luar negara serta beberapa individu ternama dari negara itu.
Pihak polis juga mengesahkan bahawa Seungri, 29, terlibat dalam aktiviti yang admin mention dekat atas tadi tu.
Tapi pihak polis enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai individu yang terlibat akan kegiatan yang tidak bermoral itu.
Sebelum ini juga Seungri pernah disiasat berkaitan kes pengedaran dadah di sebuah kelab elit, Burning Sun. Dia turut didakwa melabur wang tunai dan berkongsi pita seks menggunakan aplikasi komunikasi bersama rakan.
5. Ahli Kumpulan BTS, Jung Kook
Kalau sebut je nama kumpulan BTS mesti ramai yang kenal kan? Salah seorang ahli BTS, Jung-Kook telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan melanggar teksi akibat terganggu.
Penyanyi berusia 22 tahun itu turut berkata bahawa dia telah melanggar undang-undang jalan raya namun dikatakan sudah settle tepi dengan mangsa.
Namun setelah siasat lanjut dilakukan, polis mendapati bahawa Jung Kook telah melakukan satu kecuaian yang agak serius sehingga menyebabkan kemalangan. Oleh itu, polis mencadangkan agar kesalahan lain turut difailkan iaitu melanggar Akta Lalulintas Jalan Raya.
6. Juara Big Stage, Han Byul
Sebelum ni pernah viral dekat laman media sosial mengenai seorang selebriti dari Korea yang memasuki pertandingan realiti dekat Malaysia iaitu Big Stage musim kedua.
Dia yang dikenali sebagai Han Byul pernah menganggotai kumpulan Led Apple dari tahun 2011 hingga 2014.
Pada tahun ini, dia mencuba nasib dengan menyertai pertandingan BIG Stage dan tidak mensia-siakan peluang itu apabila dia berjaya mengalahkan peserta-peserta lain yang terdiri daripada Malaysia, Indonesia, dan Thailand.
Namanya semakin di kenali apabila Han Byul berjaya membawa lagu dalam bahasa Melayu dengan lancar dan baik.
Hah ni antara highlight selebriti dari Korea yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Baca: Pelamin Anganku Musnah! 7 Kisah Perceraian Selebriti Terpanas Sepanjang 2019 #Throwback2019