in

Pelamin Anganku Musnah! 7 Kisah Perceraian Selebriti Terpanas Sepanjang 2019 #Throwback2019

Cerai Artis 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata pepatah, panas tidak sampai ke petang, hujan pula di tengah hari. Begitulah yang berlaku kepada perkahwinan yang dibina oleh mana-mana pasangan, jika umur jodoh tidak panjang berpisah jua akhirnya.


Dalam isu ini, golongan selebriti juga tidak terlepas daripada ujian rumah tangga dan akhirnya memilih untuk berpisah. Cuma macam biasalah, dah nama pun artis, kisah mereka pastinya ‘viral’ dan menjadi sebutan para netizen ramai.

Berikut admin senarai 7 pasangan artis bercerai yang terpanas sepanjang tahun 2019:

 

1. Aliff Aziz & Bella Astillah 

Bukan kali pertama tapi ini dah kali ketiga Aliff Aziz curang dengan Bella Astillah. Kali ketiga ni kiranya menjadi penamat dan batu nisan bagi perkahwinan yang dilangsungkan pada 9 September 2016.

Pada 16 Mei 2019, pasangan ini disahkan bercerai dan semenjak dari itu kisah pasangan ini menjadi perhatian media. Aliff dan Bella telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamad Ayden Adrean.

Aliff 1
sumber: blog

 

2. Fizo & Mawar 

Tak ada angin, tak ada ribut, pasangan yang sentiasa nampak sweet dan comel di media ini memutuskan bercerai pada 10 Julai 2019 lepas.

Dikatakan punca perceraian akibat masalah daripada keluarga, Fizo Omar dan Mawar Karim telah bernikah pada November 2013 lepas dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Wan Maryam berusia 2 tahun.

81561793289 Tbfizo
sumber: astro awani

 

3. PU Abu & Ain ‘Afini 

Perceraian dan kisah poligami yang melibat peserta Pencetus Ummah, PU Abu Sufyan ini telah menaikkan kemarahan netizen sejagat. Mana tidaknya, PU Abu didakwa telah menceraikan bekas isterinya, Ain ‘Afini ketika wanita ini sedang sarat hamil 7 bulan.

Lebih mengejutkan, PU Abu pula katanya telah berkahwin dengan seorang janda anak satu, Hana Azraa yang juga seorang ahli perniagaan.

Afini2
Pu abu dan ain ‘afini | sumber: mstar
Hana
Pu abu bersama isteri kini, hana azraa | sumber: media hiburan

 

4. Da’i Farhan & Fatin 

Belum pun netizen reda dengan kisah PU Abu, muncul pula satu lagi kisah melibatkan seorang lagi pendakwah dari program realiti, Da’i Farhan. Sama seperti kisah PU Abu, Da’i Farhan pun menceraikan isterinya, Fatin saat wanita tersebut sedang hamil.

Perceraian tersebut telah dilakukan menerusi aplikasi WhatsApp pada 3 Disember 2019. Lebih menambahkan kontroversi, Da’i Farhan pula telah bernikah dengan seorang janda anak lapan bernama Noorainul Naqim di Mekah.

Isteri Pertama Dai Farhan
Da’i farhan & fatin | sumber: blog
Dai Farhan 3 1024X768 1
Da’i farhan & dr aerin | sumber: blog

 

5. Datuk A. Aida & Ariff Aziz 

Selepas empat kali bernikah, Datuk A. Aida mengambil keputusan untuk bercerai dengan suami terbarunya, Ariff Aziz pada 25 April selepas setahun bernikah.

Menurut A. Aida, beliau bahagia dengan perceraian ini dan Ariff Aziz juga katanya kini sedang hangat bercinta dengan seorang wanita dari Ukraine. Amboi-amboi… 

41560844536 Datukaaidadansu
sumber: astro awani

 

6. Vanidah Imran & Rashidi Ishak

Siapa sangka, pasangan ideal yang telah mendirikan rumah tangga selama 17 tahun ini akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai dengan cara baik pada 9 Ogos 2018 lepas.

Namun kisah perceraian mereka ini baru saja diketahui umum selepas 7 bulan mereka berpisah. Tidak tahu apa puncanya, pasangan ini mempunyai 2 cahaya mata yang berusia 18 dan 15 tahun.

Vanidah 1
sumber: blog

 

7. Lufya Omar & Dr Che Muhammad Hafiz

Selepas memilih untuk senyap dari dunia hiburan untuk fokus dengan keluarga, nama Lufya Omar tiba-tiba menjadi perhatian kembali apabila dia muncul dengan berita perceraiannya dengan Dr Che Muhammad Hafiz.

Kes perceraian mereka katanya masih lagi dibicarakan di mahkamah kerana Dr Che Hafiz didakwa melafazkan cerai melalui WhatsApp. Bernikah pada 26 November 2016, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Laana Haura yang berusia 2 tahun.

Lufya Hamil 03
sumber: blog

Apa-apapun admin mendoakan semoga 2020 memberi sinar baru buat pasangan-pasangan ini dan tiada lagi kisah ‘pelamin anganku musnah’ yang terjadi di tahun depan. 

Baca: “Jangan jumpa aura lain” –  PU Abu Pergi Umrah, Netizen Harap Tak Jumpa ‘Wanita Kaabah’

Hana Abu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.