in

70 Tahun Bersama, 6 Moment Sweet Ini Membuktikan Tun M & Tun Dr Hasmah ‘Power Couple’ Di Malaysia

Ft Tun M Hasmah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita pemergian Tun Dr Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pagi tadi meruntun hari seluruh rakyat Malaysia.

Selama 7 dekad membina mahligai cinta bersama, banyak moment pasangan Tun M dan Tun Hasmah yang kita dapat perhatikan di media sosial.


Artikel berkaitan : “Seolah-olah tahu akan pergi” – Zahid Hamidi Kenang Pertemuan Akhir Tun Hasmah, Banyak Bercerita Soal Tuhan

Artikel berkaitan : “Kalah atau menang, Tun sentiasa ada”  – Lee Chong Wei Titip Luahan Pilu, Kenang Kasih Sayang Tun Hasmah

Menurut Harian Metro, cinta mereka mula berputik semasa mereka berdua menjadi penuntut dalam bidang perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII, Singapura pada 1947.

Allahyarham Dr Hasmah juga pernah menceritakan bahawa antara kenangan paling indah dalam hidupnya adalah pada tahun 1949 apabila Dr Mahathir meluahkan perasaan cinta kepadanya.

Screenshot 2026 09 28 163306

Menurut Sinar Harian, mereka mula menjalinkan ikatan perkahwinan pada tahun 1956 dan hasil perkahwinan yang bertahan selama 70 tahun itu, mereka dikurniakan 4 anak kandung iaitu Marina, Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz, selain mempunyai tiga anak angkat iaitu Melinda, Mazhar dan Maizura.

Sepanjang 7 dekad ini, kemanisan mereka berdua dilihat menjadi tumpuan netizen di media sosial. Berikut antara beberapa moment throwback yang membuktikan Tun Mahathir & Allahyarham Tun Dr Hasmah merupakan ‘power couple’ terhebat pada abad ini.

1. Suap menyuap kek

 

2. Dia tak pernah complaint – Tun M

Pada Julai tahun lepas, saluran YouTube Astro Gempak ada menemu ramah Tun Mahathir dan Tun Dr Hasmah. Mereka berdua menceritakan tentang peribadi masing-masing. Dapat dilihat pada waktu itu, sisi Tun Mahathir yang tak pernah dilihat  apabila ditanya tentang perkara yang beliau suka tentang Tun Dr Hasmah.

“Susahlah nak fikir, tapi yang paling saya suka adalah dia tak kacau saya. Kerana saya ni selalu keluar, selalu ada kerja, tak cukup masa untuk famili, anak-anak tapi dia tak merungut.”

3. Nyanyi bersama

@falaqjodoh

Mahathir ❤️ Siti Hasmah.. Pasangan No 1 paling sweet dan paling klasik di Malaysia setakat ini.. Semoga Tun Mahathir & Tun Siti di berikan kesihatan yang baik. Dah capai 100 tahun dah umur keduanya.. Terima Kasih Tun atas jasamu kepada Malaysia.. #perkiraan #falaqjodoh #jodoh #rumahtangga #suami #isteri #laki #bini #tunang #kekasih #bf #nikah #cerai #rujuk #curang #tipsrumahtangga #kesedaran #keluargabahagia #nasihat #pengantin #tunmahathir #love #couplegoals

♬ original sound – Perkiraan Falaq Jodoh – Perkiraan Falaq Jodoh

4. Awak tak rehat dari pagi tadi, kejap lagi rehat – Tun Dr Hasmah

Screenshot 2026 09 28 170727

Pada tahun 2019, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Prem Kumar Panjamorthy ada kongsikan detik manis antara pasangan tokoh negara ini di depan mata mereka sendiri.

Pada waktu itu Prem sedang menemu ramah Tun Dr Mahathir dan ada waktu rehat seketika sebelum sesi tersebut bersambung. Namun, tiba-tiba ada seseorang memaklumkan kepada mereka bahawa Tun Hasmah mahu sertai temu bual itu dan ia membuatkan Dr Mahathir rasa terkejut.

Hasmah 2

Sejurus sahaja Tun Hasmah memasuki bilik tersebut, dia memohon maaf kepada Prem kerana mengganggu dan terus duduk berdekatan dengan suaminya.

Menurut Prem, Tun Hasmah ada berbisik sesuatu kepada suaminya itu tetapi Tun Mahathir tak boleh dengar.

“Jadi, dia ketawa kecil lalu berkata, ‘Saya hendak berehat di bilik (tempat mereka menginap). Awak belum berehat sejak pagi tadi. Jadi, tolonglah berehat selepas ini.’”

Hasmah

Kata Prem, Tun Mahathir, dalam diam, dengan penuh kasih sayang di matanya, hanya memerhatikan isterinya keluar dari bilik itu, sambil tergelak kecil.

5. Tun M & Tun Hasmah naik kereta berdua, sweet couple!

6. “Birthday girl singing to birthday boy.”

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian, Astro Gempak, WORLD OF BUZZ

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.