in

“Tak semua penjara ada sekolah dan cikgu tapi…” – Lelaki Ini Kongsi Sistem Pendidikan ‘Banduan Muda’ Dalam Penjara

Feature Image Banduan Muda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni kecoh di media sosial mengenai sekumpulan pelajar lepasan SPM yang membuat onar diatas jalan rasa secara tidak langsung mengganggu lalu lintas.



Namun begitu, tular juga di media sosial gambar beberapa orang calon SPM yang sedang melakukan sujud syukur di sebelah meja yang dipercayai merupakan banduan.

Banduan Muda 2
Sumber: harian metro

Tapi korang curious tak nak tahu macam mana calon ni ambil peperiksaan SPM?

Persoalan yang timbul ini telah dijawab oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai @AHzrth yang merupakan seorang pegawai penjara.

Pp
Sumber: twitter

Menurut lelaki itu, banduan yang berada dalam penjara adalah mereka yang berumur 18 hingga 21 tahun dan dikenali sebagai banduan muda.

Tambahnya lagi, mereka diwajibkan untuk mengikuti Modul Pendidikan Akademik dalam Program Pembangunan Insan (PPi) dan ditempatkan di Sekolah Integriti (SI).

Sekolah Integriti di tubuhkan pada tahun 2008 dan hanya ada beberapa sahaja dalam penjara di seluruh Malaysia. Tenaga pengajar yang menjadi guru kepada banduan muda ini pula ialah guru-guru dari kem pendidikan.

Ini antara Sekolah Integriti di 7 buah institusI penjara.

Penjara
Sumber: twitter

Modul pendidikan yang diberikan kepada banduan muda pula adalah melalui kelas 3M iaitu membaca, mengira, menulis. Silibus yang digunakan pula adalah sama seperti sekolah harian. Bagi mereka yang kurang menguasai 3M, sekolah integriti mewujudkan Pra SPM dan kemudiannya SPM.

Waktu pembelajaran pula adalah pada waktu pagi sahaja dan bermula pada jam 7 pagi.

Banduan muda juga boleh menyambung pelajaran hingga ke peringkat Phd dalam Modul Pengajian Tinggi yang ditawarkan di Penjara Kajang dan Penjara Bentong anjuran bersama Open Universiti.

Banduan Muda 1
Sumber: twitter

Sebenarnya seronok juga nak membaca bila ada orang yang kongsi kisah mereka yang berada dalam penjara. Semoga nanti bila diaorang ni keluar, berubah dan memulakan kehidupan yang baru.

 

Baca: “Siap ada poster Mega Gathering katanya” – Pelajar Lepasan SPM Tunjuk Lagak Atas Jalan Raya Kena Kecam Netizen

Feature Image Meega

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.