Sukan bola sepak ni adakalanya sangat kejam, tapi dalam masa yang sama, ia juga mampu menyatukan kita menerusi momen-momen indah yang penuh dengan semangat kesukanan.
Itulah yang dirasai oleh jutaan peminat bola sepak seluruh dunia selepas tamatnya perlawanan sengit pusingan 32 di antara gergasi Amerika Selatan, Brazil, menentang pasukan ‘Samurai Blue’, Jepun dalam saingan Piala Dunia 2026 baru-baru ini.
Jepun kejutkan Brazil, tapi tewas di minit-minit akhir
Dalam perlawanan tersebut, skuad Jepun terlebih dahulu mengejutkan pasukan lawan apabila berjaya membuka tirai jaringan menerusi gol padu daripada Kaishū Sano pada minit ke-29. Gol tersebut jelas memberikan tekanan kepada Brazil yang terpaksa memperkemaskan rentak permainan mereka.
Artikel berkaitan: Penganjur Didakwa Sekat Perjalanan, Iran Buat Aduan Kepada FIFA
Artikel berkaitan: “Yang menang boleh jajah balik” – Netizen Indonesia ‘Pasrah’ Game Belanda Vs Jepun Jadi Perlawanan Dua Penjajah
Bagaimanapun, pengalaman nyata memihak kepada Brazil apabila pemain tengah veteran, Casemiro berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-56.
Ketika perlawanan seolah-olah akan diheret ke masa tambahan, muncul Gabriel Martinelli sebagai wira Brazil yang juga pemain kelab gergasi Arsenal berjaya meledak gol kemenangan pada minit-minit terakhir perlawanan (90+6′), sekali gus menamatkan impian Jepun untuk melangkah lebih jauh dengan keputusan penuh Brazil 2, Jepun 1.
Momen syahdu lepas tamat perlawanan curi tumpuan
Walaupun tewas dengan cara yang cukup perit, apa yang lebih mencuri perhatian netizen bukanlah sekadar keputusan di atas padang, tetapi apa yang berlaku sejurus wisel penamat ditiupkan.
Beberapa pemain Brazil dilihat tidak terus meraikan kemenangan mereka secara berlebihan, sebaliknya meluru ke arah pemain-pemain Jepun yang sedang terduduk kesedihan untuk memeluk dan memberikan kata-kata semangat.
View on Threads
Momen penuh emosi itu tular di media sosial, memaparkan bagaimana pemain lawan memegang kepala dan memeluk erat bintang Jepun yang menangis kekecewaan.
“Kalah bermaruah, respek Jepun!” – Netizen
Menjengah ke ruangan komen di media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan kagum dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh anak-anak buah skuad Jepun yang berjuang habis-habisan sehingga ke saat akhir menentang juara dunia 5 kali itu.

Walaupun perjalanan Jepun di pentas Piala Dunia kali ini terhenti di pusingan 32, namun mereka pastinya pulang dengan penghormatan tertinggi daripada peminat bola sepak seluruh dunia.
Sumber: Threads
