Beberapa kapal konvoi yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza dilaporkan telah dipintas oleh tentera Israel sebentar tadi.
Menurut laporan, lima rakyat Malaysia antara yang diculik selepas dua kapal GSF yang dinaiki mereka dipintas di Laut Mediterranean.
Dua kapal tersebut dikenal pasti sebagai Cactus dan Furleto dipercayai ditahan ketika dalam perjalanan menghantar bantuan ke Gaza.
Difahamkan, dua rakyat Malaysia berada di atas bot Cactus iaitu Mohammad Shazly Mohammad Shees dan Tengku Ahmad Taufik Tengku Noor Zahari.
Sementara itu, tiga lagi rakyat Malaysia yang menaiki bot Furleto dikenal pasti sebagai Patmanathan Sivasamy, Muhammad Amirul Afif Mohd Azhar dan Syakirin Muhamed Senin.
Perkongsian tersebut turut memaparkan paparan sistem penjejakan kapal yang menunjukkan status kedua-dua bot berkenaan sebagai dipintas dan diserang.
View on Threads
Artikel berkaitan: “Tak sempat ucap selamat tinggal…” – Masih Dalam Tahanan Israel, Thiago Ávila Terima Berita Ibu Meninggal Dunia
Artikel berkaitan: “Pergi salah, balik salah” – Nadzmi Adhwa Terkilan Ardell Aryana Dikecam
Terdahulu, Sumud Nusantara Official memaklumkan bot yang dinaiki rejim Zionis itu mula menghampir kapal-kapal GSF untuk menggagalkan misi kemanusiaan ini.
View this post on Instagram
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak Sumud Nusantara Command Center (SNCC) berhubung nasib kesemua rakyat Malaysia terbabit.
Sumber: Threads
