in

“Tak sempat sarung do” – [VIDEO] Menangis Bila Kasut RM70k Terjual, Peniaga Bundle Luah Rasa Syukur

Ft Kasut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak muda yang berbakat dalam perniagaan bagaikan ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ kerana jumlah mereka menceburi bidang ini semakin meningkat laju lagi-lagi dalam perniagaan bundle atas talian.


Dalam perkongsian @_husaifoo, dia telah memuat naik video di akaun Tiktoknya yang menunjukkan seorang peniaga bundle menangis apabila sepasang kasut yang dijualnya dibeli oleh seorang pemuda.

@_husaifoo

Cuba teka apa nama kasut tu? Credit to IG Live : ive_zheng. #70k #fyp #sbdunk

♬ original sound – Firdexs – Dausrx

“Tak sempat pakai dah jual”

Pemuda yang dikenali sebagi Zeng telah menjalankan aktiviti perniagaan bundle dengan menjual pakaian dan kasut-kasut berjenama yang agak mahal di akaun instagramnya.

Semalam, dalam Live Instagramnya, dia bersama tiga orang rakannya sedang mempromosikan barangan yang dijual. Dia juga telah menunjukkan kasut kesayangannya dan meletakkan harga yang sangat tinggi.

Tapi alangkah terkejutnya apabila ada seorang pelanggannya dari Johor sudi untuk membeli kasut tersebut dengan harga RM70k dan ia membuatkan Zeng menjatuhkan air mata syukur walaupun dia tak sanggup untuk melepaskannya.

Kasut E1632119706366

“Harga tak masuk akal”

Jika dilihat dalam laman sesawang Nike SB, kasut yang diberi nama ‘Nike SB What The Dunk’ yang dilancarkan pada 2007 itu dijual dengan harga lebih kurang RM52,832.05 harga Malaysia tidak termasuk cukai.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut apabila mendengar harga kasut tersebut dan ada yang sanggup untuk membelinya.

Komen Nike

Zeng juga ada memberitahu yang dia sangat gembira kerana ada yang sanggup nak beli kasut itu kerana minat. Jatuh air mata jantan.

Harga kasut dah macam harga kereta, kalau min dah fikir berjuta kali kalau nak beli.

Baca: “Papa nak pergi tengok site” – [VIDEO]  Gelagat Mustapha Kamal Pemilik Megah Holding Buat Netizen Terhibur

Fi Megah Holding E1632121440508

Sumber: NikeSB
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.