in

“Tak sempat mendarat” – 14 Orang Warga Hubei Diarah Untuk Pulang Semula Ke China & TAK Dibenarkan Masuk Malaysia

Featured Image Hubei

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang tak dinafikan sejak bermulanya tahun ini, kerajaan memang giat melancarkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.


Secara tidak langsung, ramai pelancong dari serata dunia akan datang melancong ke dalam negara Malaysia.

Menurut MalaysiaKini, sebelum ini, Singapura mencatatkan jumlah pelancong paling ramai datang ke Malaysia iaitu seramai 5.38 juta orang, diikuti negara Indonesia seramai 1.85 juta orang dan negara China seramai 1.55 juta orang.

China Tourism Pelancong Cina Bernama
Gambar hiasan

Jadi mengikut jumlah pelancong yang datang ke Malaysia dari China yang sebelum ini tidak hairanlah jika negara ini menjadi pusat tarikkan buat mereka.

Namun, baru-baru ini bandar Wuhan, China telah diserang dengan satu jenis virus baharu yang dikenali sebagai coronavirus.

Sehingga kini, hampir 170 orang telah meninggal dunia apabila mereka disahkan positif terhadap coronavirus.

Seramai 8 orang warga China yang berada di Malaysia turut disahkan positif bagi penyakit ini.

Image From Ios
Sumber: twitter

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membendung penyakit ini dari terus merebak terutamanya kepada rakyat Malaysia.

Antara usaha yang dilakukan adalah dengan menghalang kemasukan pelancong dari negara China untuk masuk ke Malaysia.

Baru-baru ini, 14 orang warganegara China dikatakan telah membuat percubaan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) namun berjaya dikesan oleh Jabatan Imigresen.

France China Outbreak Ap 270120
Gambar hiasan

Menurut Astro Awani, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata, kesemua mereka tidak dibenarkan mendarat dan kemudiannya di hantar pulang ke negara asal mereka.

“Semalam pada mesyuarat jemaah menteri, saya ada menyebut mengenai tindakan-tindakan seterusnya yang diambil oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk mengikut arahan dengan tidak membenarkan pelawat-pelawat dari Wuhan dan Hubei masuk ke Malaysia.

“Semalam dilaporkan, pada 28 Januari, ada 14 warga China dari Wuhan mendarat di KLIA tetapi kita telah mengeluarkan arahan Not To Land (NTL) dan telah pun dihantar balik ke tempat asal mereka,”

“Mereka dari Wuhan di (wilayah) Hubei. Apabila mereka mendarat, pasport mereka akan disemak oleh imigresen. Itu cara kita semak. Kita melihat asal mereka dari mana. Kalau dari Hubei, jadi mereka dihantar pulang kerana NTL,” Muhyiddin Yassin.

Tambahnya lagi, ini hanya Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dilakukan bagi membendung dari penyebaran virus.

“Ini adalah SOP yang sedia ada dan digunapakai untuk menentukan tiada pembolosan di sempadan kita yang kita wartakan,” kata Muhyiddin.

Semoga hasil usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan ini mampu membendung daripada coronavirus terus tersebar dalam negara Malaysia.

 

Baca: Tiga Lagi Individu Disahkan POSITIF Coronavirus, Malaysia Kini Sudah Ada 7 Kes 2019-nCoV

7Org

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.