in

Tiga Lagi Individu Disahkan POSITIF Coronavirus, Malaysia Kini Sudah Ada 7 Kes 2019-nCoV

Corona Malaysia

Malaysia mencatatkan tiga lagi kes terbaru coronavirus atau 2019-nCoV membabitkan rakyat China dan setakat ini sejumlah 7 kes direkod di negara ini.

Menurut Berita Harian, Kementerian Kesihatan mengesahkan perkara dan dalam satu kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiga individu itu adalah:

  • Kanak-kanak berumur 4 tahun dan kini dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.
  • Seorang lelaki berumur 52 tahun dan kini dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
  • Menantu perempuan kepada lelaki berusia 66 tahun yang menjadi orang pertama disahkan positif coronavirus di Singapura.
Corona2 1
sumber: nst

Beliau dahulunya berstatus negatif (coronavirus), mengambil keputusan untuk tinggal di Malaysia bagi menjaga kedua-dua anaknya yang sedang menerima rawatan di wad isolasi Hospital Sungai Buloh selepas mereka dikesan positif.”

Tiga kes terbaru ini adalah individu yang direkodkan dalam Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI) jangkitan novel coronavirus.

“Justeru, dari 10 Januari hingga semalam, jumlah kumulatif kes PUI bagi jangkitan 2019-nCoV adalah 78 orang; yang mana 39 adalah warganegara Malaysia, 36 warga China dan masing-masing satu warganegara Jordan, Brazil dan Thailand.”

“Tiga kes sudah disahkan positif 2019-nCoV, 74 adalah negatif 2019-nCoV dan satu kes masih menunggu keputusan makmal.”

Corona3 1
sumber: nst

Baca: “Lagi bagus kalau selamanya” – Kerajaan China Mula Kuatkasakan Larangan ‘Sementara’ Penjualan Binatang Eksotik

Featured Image Larangan