in

Tak Sempat Jumpa Ibu

11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu bapa mana tak gembira kalau anak-anak yang dah lama tak berjumpa nak balik kampung, kan? Namun kegembiraan seorang ibu menunggu anak pulang ke kampung bertukar duka apabila menerima berita pemergian anak lelakinya daripada pihak asrama.


Menurut Astro Awani, pelajar dikenali sebagai Muhammad Izz Zulkarnain Mohamad Shahizan dijumpai meninggal dunia di bilik asramanya di Taman Pertam Perdana, Pulau Gadong, Melaka semalam.

1
sumber: astro awani

Pelajar berusia 21 tahun yang mengambil jurusan Diploma Penyelenggaraan Pesawat itu ditemui sekumpulan penghuni asrama dan juga pengawal keselamatan. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan penemuan mayat Izz daripada warden asrama sekitar jam 12 tengah hari.

Mayat pelajar lelaki tersebut dikatakan ditemui di atas tilam di lantai bilik asrama berkenaan. Apa yang lebih mengejutkan, pemeriksaan awal mendapati bahawa mangsa telah meninggal dunia lebih dari 48 jam kerana mayatnya sudah berbau.

2
sumber: facebook
3
sumber: facebook

Namun tak siapa sedar tentang mayat yang dah busuk tu sebab pelajar terbabit tinggal seorang diri di bilik memandangkan semua pelajar termasuk rakan sebilik sedang bercuti dan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Difahamkan, Izz yang berasal dari Kedah juga sepatutnya pulang ke kampung halaman dan tiba kira-kira pukul 5 pagi. Tapi ibu Izz jadi bimbang sebab anaknya masih belum tiba di kampung dan bertindak menelefon pihak asrama. Ibu Izz meminta pihak asrama memeriksa keadaan anaknya sebelum mereka menemukan mayat pelajar itu dalam biliknya.

4
sumber: facebook

Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah berkait dengan kematian Izz buat masa ini dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat sebelum mengesahkan punca sebenar kematian.

Semoga ibu dan keluarga tabah menerima pemergian Izz…. 

Baca: Lelaki Terkejut Rakan Serumah Sorok Mayat Teman Wanita Dalam Almari

Ss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.