in

Lelaki Terkejut Rakan Serumah Sorok Mayat Teman Wanita Dalam Almari

Save

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tinggal dengan rakan serumah ni banyak baik dan buruknya. Setiap perkara yang berlaku dalam rumah juga pasti akan diketahui oleh rakan serumah masing-masing. Namun, dua orang lelaki warga Nepal di Georgetown ini langsung tidak menyangka bahawa ada perkara buruk berlaku di kediaman mereka.


Menurut Astro Awani, dua orang lelaki tersebut langsung tidak menyedari bahawa sudah tiga hari mereka tinggal sebumbung dengan mayat teman wanita rakan serumah. Dalam kejadian yang berlaku di Flat Green Garden, Air Itam itu, mayat seorang wanita warga Indonesia bernama Santi Restauli Simbolon telah dijumpai terkunci dalam almari di bilik utama rumah tersebut.

Chian
sumber: china press

Berada dalam keadaan terduduk, mayat wanita tersebut dijumpai pada jam 10 malam selepas rakan serumah teman lelaki mangsa berasa curiga dengan bau busuk yang dihidu dari ruang tamu. Sejurus selepas itu, dua orang lelaki Nepal itu nekad mengumpil pintu bilik terbabit sebelum memecahkan pintu almari.

“Mangsa yang bekerja sebagai operator kilang itu dipercayai dibunuh pada Ahad lalu, dengan kali terakhir dia dilihat di dalam rumah terbabit oleh dua rakan serumah teman lelakinya.”

Qw1
sumber: astro awani

“Mangsa menetap di tingkat 17 bangunan sama dan mayatnya dikenal pasti melalui tata rias berwarna ungu di bahagian kukunya.”

Seorang jiran yang tinggal berdekatan mendakwa bahawa dia sering mendengar pergaduhan berlaku setiap kali jirannya mabuk. Teman lelaki mangsa dikatakan pindah ke rumah tersebut selepas berkenalan dengan mangsa. Sebelum ini lelaki tersebut dikatakan tinggal di sebuah unit berhampiran yang disediakan syarikatnya.

Aq1
sumber: astro awani

“Saya sering terdengar pergaduhan di rumah ini, terutamanya ketika mereka mabuk. Bagaimanapun, saya tidak tahu apa punca pergaduhan kerana tak mahu masuk campur dalam urusan mereka,” kata jiran tersebut.

Dua orang lelaki Nepal tersebut kini ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Setakat ini pihak polis sudah mengenal pasti suspek pembunuhan sebagai seorang lelaki yang juga warga Nepal berusia 27 tahun. Menurut pihak polis, motif pembunuhan dipercayai disebabkan oleh sikap cemburu.

Dclisjcld
sumber: china press

Adoi sampai boleh bunuh teman wanita sendiri sebab cemburu ke?

Baca: Lelaki Psiko Tidak Boleh Terima Kenyataan Ditinggalkan, Hentak Kepala Teman Wanita Dengan Bata

Rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.