in

“Tak Sangka Masih Hidup” –Tragedi Letupan Beirut, Pasangan Ini Nyaris Maut Letupan Hanya 600 Meter Dari Rumah

Page 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tragedi letupan dahsyat di Beirut pada Selasa lalu masih menjadi perbualan hangat dan semestinya situasi huru-hara di kota Beirut masih menghantui penduduk di sana.

Pelbagai perkongsian dari masyarakat tempatan tentang pengalaman peribadi mereka sepanjang insiden tersebut. Antaranya kisah pasangan yang sedang menjalankan penggambaran perkahwinan dan ada juga kisah doktor menyambut kelahiran semasa letupan berlaku.


Sebuah lagi perkongsian dari satu pasangan suami isteri ini, Lina Alameh dan Imad Khalid yang terselamat dari maut dalam letupan tragis tersebut. Pada ketika itu mereka masing-masing di kediaman mereka yang terletak hanya 600 meter dari lokasi kejadian.

Beirut 2 2

 

Bunyi Macam Letupan Mercun

Menerusi perkongsian Lina bersama CNN, dia memberitahu kebakaran yang berlaku bermula dengan bunyi seakan letupan mercun. Tetapi lama-kelamaan mula timbul keraguan dan memanggil suaminya untuk melihat kejadian tersebut.

“Semuanya bermula dengan bunyi letupan mercun. Saya memanggil suami kerana merasakan seperti sesuatu yang buruk akan berlaku”

Beberapa minit selepas itu, asap tebal mula terbentuk dan berlaku letupan besar yang tidak dijangka.

Terkejut Masih Selamat

Mereka berdua tidak sedarkan diri akibat impak letupan tersebut, namun apabila Lina mula sedarkan diri, dia terkejut  dan bersyukur yang dia masih selamat. Lina terus mendapatkan suaminya bagi memastikan keadaannya suaminya itu selamat walaupun seluruh badan habis berlumuran darah.

Dalam susah payah, Lina dan suaminya berusaha untuk keluar dari apartment 5 tingkat milik mereka.

Dalam cubaan itu, Lina telah patah siku, tendon terkoyak dan luka teruk di bahagian belakang badan.

https://www.instagram.com/p/CDjF39vJM5u/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Kini mereka selamat mendapatkan rawatan di hospital tempatan. Lina juga memberitahu keadaan rumah mereka yang baru dibeli dua tahun lepas hampir musnah akibat letupan tersebut.

 

Baca: Orang Lain Kelam Kabut Di Hospital, Jururawat Di Beirut Ini Tenang Bantu Ibu Lahirkan Bayi Masa Letupan

B 2

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.