Ketika photojournalist Bilal Jawich berada di rumah yang terletakdi pinggir Beirut ketika letupan, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 100 orang mati dan ribuan cedera sehingga menggegarkan ibu kota Lubnan, dia segera ke lokasi kejadian untuk melihat kejadian itu.
Katanya, dia mengekori tempat asap berkepuk dan mencari tempat utama iaitu di pelabuhan Beirut. Lapor CNN.
Tambahnya lagi, ‘nalurinya’ menggerakkan dirinya untuk ke hospital Al Roum, di daerah Ashrafieh, kawasan yang paling dekat dengan tempat letupan tersebut.
Katanya apa yang dilihat itu sangat luar biasa.
Saya kagum apabila melihat jururawat itu memegang tiga bayi yang baru lahir. Saya perhatikan jururawat itu begitu tenang bantu ibu melahirkan anaknya”
Katanya lagi jururawat itu memiliki kekuatan tersembunyi yang memberikannya kawalan diri dan kemampuan untuk menyelamatkan anak-anak itu.
“Orang-orang lain semua panik dan bimbang fikir nak selamatkan diri tetapi jururawat ini hanya fokus dengan tugasnya.”
Kata Jawich lagi, jururawat memberitahunya petang itu bahawa dia berada di wad bersalin ketika letupan itu berlaku. Dia mengatakan bahawa dia tidak sedar apa-apa, dan ketika dia mula sedar dia ‘mendapati dirinya sedang membawa tiga bayi tersebut’, katanya kepada CNN Arabic.
Tidak semua orang di hospital bernasib baik. George Saad, pengurus kecemasan dan pengurus bencana untuk hospital, memberitahu CNN bahawa 12 pesakit, dua pelawat dan empat jururawat meninggal dunia dalam kejadian itu, sementara dua masih dalam keadaan kritikal. 80% hospital mengalami kerosakan, dan 50% peralatannya, katanya.
Saad memberitahu CNN bahawa bayi dan ibu mereka telah dipindahkan ke hospital lain.
Walaubagaimanapun, masih belum jelas apa yang menyebabkan letupan yang menghancurkan seluruh kawasan itu
Letupan itu dikaitkan dengan bekalan bahan peledak yang dirampas dan berpotensi tidak selamat, disimpan di gudang di pelabuhan kota, dekat dengan kawasan penduduk.
Pemimpin dunia dan organisasi antarabangsa menawarkan bantuan, pegawai tempatan juga melancarkan siasatan mengenai letupan itu.
Hospital di Beirut dengan cepat dikerumuni orang ramai, doktor melakukan ujian ketika orang membanjiri bilik kecemasan sementara empat hospital lain tidak berfungsi setelah mengalami kerosakan dalam letupan itu, menurut menteri kesihatan Lubnan.