in

“Tak sanggup imagine kalau ni bapa aku” – Terlalu Penat Bekerja, Penjual Aiskrim Meninggal Dunia Terlentok Atas Motor

Pakcik Eskrem

Parents adalah insan paling berjasa dalam hidup kita. Mereka akan bekerja keras demi untuk memastikan kita dapat yang terbaik dan selalu sangat mereka sembunyikan kesedihan atau kesengsaraan supaya anak sentiasa bahagia. Sedihnya…

Banyak kisah viral tentang pengorbanan orang tua yang bekerja keras demi keluarga. Namun, kisah yang berlaku di Jawa Timur, Indonesia baru-baru sangat menyentuh hati.

Menurut Suara, seorang bapa berusia 66 tahun dijumpai meninggal dunia di atas motosikal. Misyanto merupakan seorang penjual aiskrim dan dijumpai oleh orang kampung di Desa Ledokombo dalam keadaan kepala terlentok di handle motor.

Eskrem2

Suwoco, individu yang menjumpai Misyanto itu berkata dia mahu melintas jalan namun ternampak Misyanto menghalang laluannya. Apabila hon kereta dibunyikan untuk minta Minsyanto ke tepi, Suwoco berasa pelik kerana Misyanto tidak memberi apa-apa respon.

Mngsa tidak bergerak membuatkan saya keluar dari kereta. Saya menghampiri mangsa dan melakukan pemeriksaan, mangsa tidak bergerak dan terus hubungi polis.”

Pasukan perubatan kemudian tiba bersama polis dan selepas membuat pemeriksaan Misyanto disahkan telah meninggal dunia. Laporan mengatakan Misyanto dipercayai meninggal dunia akibat terlalu penat bekerja kerana selalu tidak mempedulikan kepenatan badannya demi untuk menjual aiskrim yang merupakan punca pendapatan keluarganya.

Eskrem1

Siasatan polis juga mendapati tiada tanda-tanda berlakunya pergelutan dan barang peribadi kepunyaan Misyanto tidak hilang. Difahamkan, keluarganya tidak mahu bedah siasat dijalankan ke atas Misyanto.

Berdasarkan keterangan ahli keluarga, mangsa sering mengadu sesak nafas dan pening kepala namun tetap berkeras mahu bekerja untuk mencari rezeki.”

Sedihnya, Al Fatihah buat keluarga Misyanto… Pesan pada ibu bapa korang, jangan abaikan kesihatan…

Baca: “Katanya anak yatim, ada 8 beradik” – Demi Sara 7 Beradik Sekolah, Budak Perempuan Ini Sanggup Berniaga Roti Canai Segera Atas Lantai

Combine Baru Anak Yatim 1

Sumber: Suara
Sumber: Suara