in

“Katanya anak yatim, ada 8 beradik” – Demi Sara 7 Beradik Sekolah, Budak Perempuan Ini Sanggup Berniaga Roti Canai Segera Atas Lantai

Combine Baru Anak Yatim 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perniagaan secara kecil-kecilan mungkin menjadi salah satu rutin mengisi masa lapang bagi sesetengah kanak-kanak untuk menambah duit poket yang mungkin belum cukup bagi mereka. Menolong ibu bapa berniaga mungkin menjadi salah satu aktiviti yang boleh dilakukan bagi mereka.


Namun, bukan untuk seorang budak perempuan ini. Dia berniaga roti canai segera di hadapan dua buah pasar raya di Kota Bharu, Kelantan untuk menampung hidupnya dan adik-beradiknya yang lain memandangkan dia seorang anak yatim. Kesiannya, kecik-kecik lagi dah kena sara keluarga

Anak Yatim

Menurut Nick menerusi postingnya di facebook, dia mengatakan bahawa budak perempuan ini datang ke Kota Bharu semata-mata untuk menjual roti canai segera yang hanya berharga RM 5 untuk 8 keping.

Dalam usianya yang masih perlu bersekolah seperti kanak-kanak lain, dia dengan sepenuh hati menjual roti canai segera demi kelangsungan kehidupan, lapor Mstar.

Pemuda yang berusia 25 tahun dikenali sebagai Nik Muhammad Amirul Mustaqim Nik Abd Rashid atau lebih suka dipanggil Nik berkata, dia sudah lama memerhati budak perempuan ini berniaga  namun baru tergerak hati untuk menyapanya.

Nik berkata dia bertemu dengan budak perempuan ini ketika sesi persekolahan (hari biasa) sementara budak perempuan ini sedang berniaga di hadapan pasar raya.

Budak perempuan ini kelihatan malu dan lebih banyak mendiamkan diri apabila disapa olehnya, tambahnya lagi.

Dia hanya bersangka baik mungkin keluarganya tak mampu untuk memberi pendidikan dengan menghantarnya ke sekolah.

“Dia akan balik cepat kalau roti canai yang dijualnya habis cepat dan begitu juga sebaliknya”

Nik turut berkongsi perasaan sayunya terhadap budak perempuan ini dan berharap agar orang ramai turut membantu dan mendoakan budak perempun ini.

Sama-sama kita doakan supaya rezeki adik ini untuk berniaga roti canai segera sentiasa dibuka dan permudahkan semuanya. Amiinn. 

Baca : “Remaja reject sebab taknak bawa jneazah” – Kisah Sedih pasangan Suami Isteri Susah Payah Cari ‘Bantuan’ Bawa Pulang Jenazah Anak

Capture

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.