in

Pilu! Anak Kecil Jadi Saksi Lihat Ibu Meninggal Di Atas Motor Ketika Keluar Membeli Ubat

Ft Meinggal Dunia Atas Motor

Seorang ibu dikenali sebagai Lu’luatun Nikmah tular selepas ditemukan meninggal dunia di atas motosikalnya di kawasan Nailan, Kecamatan Slahung, Kabupaten Ponorogo, pada petang Sabtu, 17 Oktober 2026.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan untuk membeli ubat selepas berasa kurang sihat. Ketika dalam perjalanan, mangsa dipercayai mengalami masalah kesihatan sehingga terpaksa memberhentikan motosikalnya di tepi jalan.

Artikel berkaitan : “Mangsa tunjuk isyarat bekalan oksigennya” –  Wanita Malaysia Meninggal Dunia Ketika Selam Skuba Di Bali

Artikel berkaitan : Wanita Meninggal Dunia Lepas Dibedah Oleh Doktor Palsu Yang Belajar Dari YouTube

Anak kecil hanya mampu tengok sahaja

Bagaimanapun, mangsa kemudian ditemukan meninggal dunia di atas motosikalnya. Menurut sumber, dakwaan awal menyatakan mangsa dipercayai mengalami serangan jantung.

Namun, punca sebenar kematiannya masih belum dapat dipastikan tanpa pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa atau petugas perubatan.

Dalam foto tular tersebut, ada anak kecil yang didakwa anak bongsu mangsa berada di sisi mangsa pada waktu kejadian.

Kejadian ini turut mengundang perhatian ramai apabila melihat anak bongsu mangsa yang dipercayai masih berusia di bawah lima tahun berada berhampiran ibunya ketika kejadian berlaku.

Screenshot 2026 10 20 162916

Pemergian Lu’luatun Nikmah meninggalkan kesedihan mendalam buat keluarganya, terutama empat orang anak yang ditinggalkan.

Anak sulungnya dilaporkan masih bersekolah rendah, manakala anak bongsunya pula masih kecil. Lebih menyedihkan lagi, suami mangsa difahamkan telah meninggal dunia kira-kira setahun lalu.

Setakat ini, punca sebenar kematian mangsa masih menunggu pengesahan lanjut daripada pihak berkaitan.

Sumber : disway.id