in

Tak Sampai Sebulan Meninggal, 16 Ahli Keluarga Maradona Tak Keruan Rebut Harga Peninggalan RM200 Juta

Ft Maradona

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kematian legenda bola sepak Diego Maradona akibat serangan jantung bulan lalu ternyata mengemparkan ramai peminat sukan bola sepak.


Namun, belum genap sebulan pemergian legenda itu, ahli keluarganya dikatakan sudah mula ‘berperang’ untuk merebut harga peninggalan bekas bintang Argentina itu yang dipercayai bernilai hampir RM 200 juta.

Capture 3 5 1

 

Tidak tinggalkan wasiat

Dengan harta peninggalan yang begitu banyak tidak hairanlah ahli keluarganya mula ‘panas punggung’.

Tapi siapa sangka, sewaktu hidupnya Maradona tidak mewasiatkan sebarang harta miliknya kepada sesiapa pun.

Walaupun mendiang dipercayai pernah menulis wasiat pada tahun 2012, Maradona dipercayai menghapuskannya 4 tahun kemudian.

 

Jadi rebutan 16 orang ahli keluarga!

Lebih parah lagi, harta Maradona ini bukan sahaja jadi rebutan anak-anaknya, malah turut menjadi ‘buruan’ 4 orang saudara perempuan serta 7 orang anak hasil hubungan sulitnya.

Capture 2 5 1

Mana tidaknya, pendedahan yang dibuat oleh pihak mahkamah mendedahkan harta yang dimiliki oleh legenda itu meliputi hartanah di seluruh dunia, wang tunai di Switzerland, Dubai dan Buenos Aires serta koleksi kereta mewah.

Populariti yang dimiliki Maradona membolehkan dia menandatangani kontrak dengan syarikat besar dunia seperti PUMA dan Coca-Cola.

Tak boleh bayang la berapa banyak dia dapat daripada kontrak tu!

Disebabkan tidak memiliki sebarang wasiat, harta Maradona perlu dibahagikan sama rata kepada kesemua anaknya, termasuk anak hasil hubungan terlarangnya mengikut undang-undang Argentina.

Maknanya, walaupun anak tersebut tidak pernah tinggal atau ada bersama dengan Maradona, jika dia adalah anak hasil daripada bintang itu, maka mereka masih layak untuk menerima harta peninggalannya lapor The Sun.

Capture 1 6 3

Sudah pasti keputusan ini membuatkan anak-anak sahnya berasa tidak berpuas hati, tapi nak buat macam mana kan…

 

Miliki 6 orang ‘isteri’

Terkenal kehidupannya yang bebas dan liar itu, Maradona dikatakan pernah mempunyai hubungan dengan 6 orang wanita lain.

Daripada 6 ‘isteri’ itu Maradona mempunyai 7 lagi anak daripada hubungan terlarangnya itu, namun hanya 3 daripadanya sahaja yang dikenali oleh Maradona dengan salah seorang daripadanya ialah model Jana Maradona, manakala lagi 4 orang anaknya tidak dapat dikenal pasti.

Capture 11 5

 

Macam mana nak settlekan urusan harta tu, harta banyak, tapii anak pun ramai…

Baca : Kematian Maradona Disiasat, Peguam Dakwa Mungkin Ada Unsur Mencurigakan

Capture 4 3 1

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.