in

Kematian Maradona Disiasat, Peguam Dakwa Mungkin Ada Unsur Mencurigakan

Maradona 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada Rabu lalu, industri bola sepak antarabangsa dikejutkan dengan berita kematian seorang legenda iaitu Diego Maradona.


Boleh dikatakan sebagai antara pemain bola sepak paling hebat abad ini, Maradona telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 60 tahun di kediamannya di utara Buenos Aires, Argentina. Serangan jantung dikatakan menjadi punca kematian bekas bintang ini.

Walau bagaimanapun, satu kertas siasatan bertajuk, ‘Maradona, Diego. Determination of the cause of death’ telah dibuka berhubung isu ini untuk menyiasat sama ada terdapat kemungkinan kematian Diego Maradona adalah disebabkan kecuaian rawatan perubatan.

Matias Maradona E1606530121646

Memetik laporan Newsweek, peguam Maradona, Matias Morla terlebih dahulu meminta siasatan dijalankan selepas beliau mendapati terdapat beberapa unsur yang mencurigakan berkaitan kematian bekas bintang bola sepak itu.

Matias Morla E1606530333971

Tambah Matias Morla lagi, dia mendakwa Maradona telah diabaikan selama kira-kira 12 jam.

“Sukar untuk menjelaskan bahawa tiada sesiapa yang menyedari tanda-tanda kematian Maradona kerana mendiang meninggal dunia di rumah. Tidak cukup dengan itu, pihak ambulans juga mengambil masa lebih 30 minit untuk tiba di kediaman Maradona,” kata Matias Morla.

Kerajaan Argentina telah mengisytiharkan bahawa negara itu akan berkabung selama tiga hari susulan kematian Maradona. Selain itu, satu memorial akan diadakan di Casa Rosada pada hari Khamis sehingga Sabtu bagi memperingati pemergian bekas legenda bola sepak itu.

Diego Maradona Playing Football 1982 Tcm25 640178 E1606529860668

Pada tahun 1986, Diego Armando Maradona yang merupakan kapten pasukan bola sepak Argentina telah berjaya memenangi Piala Dunia selepas berjaya menjaringkan gol kontroversi yang digelar ‘Hand of God’ ketika menentang England di suku akhir.

Semoga keluarga mendiang bertabah menghadapi dugaan ini.

Sumber: Newsweek,HMetro,

Baca: “Legenda Bola Sepak Diego Maradona Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Di Usia 60 Tahun

Collage 47 E1606530073933

Sumber: Subrayado
Sumber: ar.marca

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.