“Tak salah bantu cari rezeki cuma..” – [VIDEO] Kereta Berhenti Dekat Lane Kanan Semata-mata Nak Beli Jeruk Asam Boi?

Tambah ke Sumber Pilihan
“Tak salah bantu cari rezeki cuma..” – [VIDEO] Kereta Berhenti Dekat Lane Kanan Semata-mata Nak Beli Jeruk Asam Boi?

Isu mengenai penjaja di tengah jalan ini pernah menjadi topik perbualan, ini kerana tindakan itu dianggap sangat bahaya kerana boleh mengganggu aliran trafik serta kemalangan yang boleh meragut nyawa.

Disebabkan itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan sebelum ini ada menyatakan bahawa aktiviti yang mengganggu pengguna jalan yang lain itu merupakan satu kesalahan, lapor Astro Awani.


Biarpun penjaja tahu ia satu kesalahan, Sinar Harian melaporkan bahawa aktiviti masih berlaku. Kita dapat lihat segelintir tempat lampu isyarat masih ada yang menjaja.

“Tak salah nak bantu adik tu cari rezeki, cuma tindakan pemandu tu silap.”

Kereta Berhenti Beli Asam 6

Salah satunya, dapat dilihat sendiri dalam satu video di Twitter ini, bukan pada penjaja tetapi kepada pembeli.

Satu kawasan lampu isyarat yang baru sahaja memberikan tanda warna hijau, ketika semua kereta bergerak tiba-tiba ada satu kereta berhenti dikatakan untuk membeli jeruk asam boi yang dijual oleh penjaja.

Apa yang membuatkan netizen lagi marah apabila, kereta tersebut berhenti di bahagian paling kanan.

Dengan melihat video ini, dapat dilihat ini antara contoh yang dikatakan mengganggu pengguna jalan, membahayakan nyawa dan menganggu aliran trafik seperti mana yang diperkatakan oleh netizen dalam komen.

Malah, mereka juga marah dengan tindakan pemandu tersebut kerana membeli barangan itu sewaktu kereta sudah berjalan.

Nak beli time lampu merah ok – Netizen

Namun begitu, bagi netizen, andai kata pembeli berniat untuk bantu penjaja atau berminat dengan makanan tersebut, mereka menyatakan bahawa pemandu tersebut sepatutnya kalau nak beli biar kena pada masanya (lampu merah).

Kereta Berhenti Beli Asam Kereta Berhenti Beli Asam 2 Kereta Berhenti Beli Asam 3

Biarpun lokasi dan waktu kejadian masih belum dikenalpasti, ia menjadi tumpuan kerana tindakan yang berlaku seperti di dalam video diatas sepatutnya perlu dielakkan agar tidak berlaku sebarang perkara buruk.

Baca : Kisah Penjaja Tepi Jalan, Mohamed Bouazizi Pencetus ‘Arab Spring’ Sehingga Pemerintah Diktator Turun Takhta ‘Larikan’ Diri

2222

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Tak salah bantu cari rezeki cuma..” – [VIDEO] Kereta Berhenti Dekat Lane Kanan Semata-mata Nak Beli Jeruk Asam Boi?
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tak-salah-bantu-cari-rezeki-cuma-video-kereta-berhenti-dekat-lane-kanan-semata-mata-nak-beli-jeruk-asam-boi-2/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM