in

Agrobank Turun Padang Dekati Penjaja, Dengar Sendiri Cabaran Dihadapi Peniaga Kecil

Agrobank Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Agrobank meneruskan usaha mendekati komuniti penjaja dan peniaga kecil menerusi sesi libat urus bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan di Pasar Tani Kelana Jaya.

Inisiatif yang digerakkan Kementerian Kewangan itu bertujuan mendengar sendiri cabaran yang dihadapi peniaga kecil, termasuk peningkatan kos operasi, sewaan tapak serta akses pasaran.


Agrobank 2

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Dato Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pendekatan turun padang penting bagi memastikan peniaga mendapat maklumat jelas mengenai kemudahan yang ditawarkan, sekali gus membantu mereka mengembangkan perniagaan.

Menurut beliau, Agrobank bukan sahaja menyediakan pembiayaan, malah mahu memahami keperluan sebenar peniaga bagi menawarkan sokongan yang lebih praktikal, termasuk dalam aspek pengurusan aliran tunai dan pendigitalan perniagaan.

Agrobank 1

Artikel berkaitan: Membina Masa Depan ‘Made by Malaysia’: Strategi Inovasi dan Ekosistem AI Nasional 2030

Artikel berkaitan: Dewan Negara Luluskan Usul RMK-13, Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu

Sempena program itu, Agrobank turut membuka kaunter khas untuk berkongsi maklumat mengenai Agro Penjaja-i serta pelbagai penyelesaian kewangan yang sesuai untuk penjaja dan usahawan mikro.

Screenshot 2026 06 08 At 5.13.29 Pm

Setakat ini, Agrobank mempunyai lebih 15,000 pengguna dalam segmen penjaja dan akan terus memperluaskan capaian kepada lebih ramai peniaga kecil di seluruh negara.

Sumber: Agrobank

Sumber: Agrobank
Sumber: Agrobank
Sumber: Agrobank

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.