“Tak rapat pun” – Hadapi Depression, Rakan Tiba-Tiba Mesej Nak ‘Pinjam’ Gambar Toreh Tangan Wanita Ni Nak Bagi BF

Sebagai seorang sahabat, kita sepatutnya bimbing mereka jika mereka sedang mengalami masalah dalam hidup bukan jadikan masalah dia itu sebagai ‘token’ untuk diri kita.

Kita tak sepatutnya gunakan ‘kesakitan’ yang sahabat kita rasai itu demi kepentingan diri, misalnya macam apa yang berlaku pada Diana Elanor ni. Kawan jenis apa lah ni.

 

Minta ‘pinjam’ gambar toreh tangan semata-mata nak dapatkan perhatian BF

Sumber : Twitter

“I don’t know what level of retard is this but defak. Chat i semata mata nak a picture of my bloody arm to get your bf’s attention? People cut as a coping mechanism for their pain and you want to use it to get your bf’s attention???’

Difahamkan, Diana sebelum ini mengelami kemurungan, tekanan perasaan, anxiety & schizophrenia sehingga dia terpaksa bertindak di luar kawalan.

Bahkan dia sebelum ini pernah terlintas untuk membunuh diri tahun lepas. Hmm, kita tak ada pada kedudukan situasinya jadi kita jangan lah judge orang. 

Dia pernah toreh tangannya sebelum ini dan mungkin dia sekarang dalam proses pemulihan. Disebabkan itu, ada rakannya cuba nak ambil kesempatan untuk ‘meminjam’ gambar ini semata-mata nak perhatian daripada teman lelaki.

Dah lah tak rapat, tiba-tiba mesej minta buat benda bodoh macam ni.

Aduhai, kenapa buruk sangat perangai rakan tu? Sesedap dia je minta orang macam tu. Memang patut kena block je terus.

 

Kalau aku dah maki orang macam ni – Netizen

Netizen tu tetap netizen, biasalah ada yang tak faham dengan situasinya, pasti ada yang mengecam dengan tindakan dia melakukan perkara sedemikian.

Bagaimanapun, lebih ramai yang memberi sokongan moral kepada Dania  ni. Malah, lebih ramai lagi yang hentam tindakan perangai gila rakan dia tu. Macam orang tak ada otak.

Alahai! Tak sensitifnya perangai dia ni, orang sakit jangan lah di buat macam tu. Esok lusa kalau kena kat batang hidung sendiri baru tahu.

 

Baca : Toreh Tangan Sebab Kecewakan Ustazah Tak Dapat Hafaz Al-Quran, Pendedahan Gadis Ini Mengejutkan

 

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?