in

Toreh Tangan Sebab Kecewakan Ustazah Tak Dapat Hafaz Al-Quran, Pendedahan Gadis Ini Mengejutkan

Toreh Tangan Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari demi hari, kita dikejutkan dengan lebih banyak kes-kes melibatkan kemurungan atau depresi.


Terbaru, netizen terkejut dengan pendedahan seorang gadis berusia 17 tahun yang sedang belajar di sebuah tahfiz, mengaku menoreh tangan sendiri kerana anggap telah mengecewakan pengajarnya.

Pengakuan tanpa identiti

Pengakuan itu telah dibuat menerusi laman Curious Cat, sebuah platform yang membenarkan kita untuk membuat sebarang pengakuan di Internet tanpa diketahui identitinya, milik seorang Tweetfamous.

Gadis itu mendakwa dia kecewa kerana gagal menghafaz Al-Quran dan kitab seperti diharapkan Ustazah kesayangannya.

Dy7Ndqsu8Aetb4I
sumber: twitter

“Dia tak bercakap dengan aku dah..”

Katanya, akibat terlalu fokus kepada hafalan kitab dia gagal untuk menghafaz Al-Quran hingga ditegur oleh Ustazah lalu menyebabkannya kecewa dengan diri sendiri dan tak lagi diendahkan pengajarnya.

Bzpsuwocaaeulvi
sumber: google

Ini menyebabkan gadis berkenaan berasa sedih dan kemurungan hingga bertindak menoreh tangannya.

Tindakannya itu disedari keluarga hingga mereka menganggap dia disampuk setan. Tapi nasib baik Ustazah kesayangannya sedar dengan perubahan sikapnya dan suggest dia dibawa berubat ke hospital.

Sebaliknya mak confessor menganggap dia “tak rapat dengan Tuhan. Mak aku kata aku tak ada family time sebab tu dalam badan aku ada jin..”

Aduh…

“Saya memang tak suka awak pun”

Sejak bulan 6, katanya dia mendapat seorang Ustazah merangkap warden baru yang sering memarahinya termasuk disuruh mencuci tandas asrama.

Apabila disoal, wanita itu sekadar menjawab, “Saya memang tak suka awak pun. Tak ada sebab.”

Dy7Ndqsv4Ae3Tpu
sumber: twitter

“Kesian, orang sekeliling tak memahami dia”

Rata-rata netizen yang membaca pengakuan gadis ini terkejut dan menasihatkan dia untuk kekal tabah.

Mereka juga mahukan gadis itu untuk cari seseorang bagi membuat luahan perasaan.

Toreh Tangan 2
sumber: twitter
Toreh Tangan 1
sumber: twitter

“Jangan senang cakap orang depression ni..”

Dalam pada itu, ada juga yang meminta orang ramai jangan sebarangan berkata bukan-bukan kepada penghidap depression.

Toreh Tangan 3

Toreh Tangan 4
sumber: twitter

Pada tahun 2015, Kajian Komprehensif dan Morbiditi Kebangsaan mendapati masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak adalah pada kadar 12.1 peratus, diikuti orang dewasa 29.2 peratus dan warga tua berusia 60 tahun ke atas pula 24 peratus.

Jadi segera dapatkan bantuan dan rawatan sekiranya anda tergolong di kalangan mereka yang mengalami kemurungan atau masalah kesihatan mental lain.

Baca: Sentiasa Rasa Nak Bunuh Diri, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Di Wad Psikiatri

Wad Psikiatri Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.