in

Tak Puas Hati BF Tak Nak Tanggungjawab, Wanita Nekad Hantar Santau Maut Sampai Sanggup Gugurkan Janin Sendiri Tapi…

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun dunia dah semakin maju, masih ada lagi segelintir orang yang masih mencari khidmat bomoh dan pawang semata-mata untuk melunaskan dendam kesumat mereka.


Macam kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita bernama Iqa kepada mStar tentang kawan baiknya Aida menggunakan khidmat bomoh siam untuk menghantar sihir kepada teman lelakinya.

Ceritanya, dendam Aida bermula apabila dia disahkan mengandung anak teman lelakinya namun lelaki bernama Faizul ini enggan bertanggungjawab malah sempat menuduh Aida curang dan mengandungkan anak lelaki lain.

Apa yang membuatkan Aida tambah berang, dia dapat tahu sebenarnya Faizul yang telah berlaku curang dengan rakan sekerjanya sendiri.

Saya dapat faham dan rasai kepedihan hati Aida… Tak cukup dengan itu, Faizul enggan pulangkan duit yang dia pinjam daripada Aida.”

Kerana kecewa dengan tuduhann dan perbuatan Faizul, Aida nekad untuk menghantar santau serta  menggugurkan kandungannya.

Aida meminta Iqa menemaninya ke Danok, Thailand untuk berjumpa dengan seorang bomoh siam yang terkenal di kawasan itu.

Sebelum bertemu dengan bomoh tersebut, Aida diminta untuk mengambil barang milik Faizul seperti rambut, kuku atau baju namun kerana permintaan bomoh ini tak dapat ditunaikan, bomoh tersebut mahukan janin Aida selepas digugurkan.

Iqa menceritakan, proses menghantar santau maut ke atas Faizul dimulakan dengan bacaan mentera di depan tokong sambil membaca nama di atas kertas.

Santau Angin
Gambar hiasan

Selepas itu, Aida diberikan tuala dan disuruh untuk membuka baju sebelum bomoh itu renjiskan air dalam bekas emas ke belakang badan wanita ini.

“Aida mengerutkan dahinya dan dia diminta baring sebelum bomoh membaca sesuatu ke perutnya. Dia juga menggunting sikit rambut Aida di bahagian depan.

“Disebabkan Aida tak ada barang milik Faizul, dia perlu melakukan ritual tertutup untuk memanggil roh bagi memudahkan proses santau.”

Iqa mula rasa seram bila bomoh minta janin dalam kandungan Aida sebagai ganti memandangkan anak itu merupakan baka Faizul bagi menghantar santau maut.

Rambut yang diambil pula adalah bagi mengelakkan Aida dari terkena santau yang cuba dihantar kepada teman lelakinya itu.

“Lepas Aida gugurkan kandungan, janin itu diberikan kepada bomoh itu sebelum dia diberikan sebuah bungkusan dengan tulisan sanskrit kuno yang perlu ditanam di depan rumah ibu Faizul.”

Befunky Collage 16
Gambar hiasan

Kalau Aida gagal buat seperti yang disuruh, roh janin dan roh yang telah diseru untuk membunuh Faizul dan ibunya akan datang menyerang Aida. Itu perjanjian mereka.”

Kerana tak setuju dengan tindakan Aida, Iqa membuat keputusan untuk memutuskan persahabatannya dengan Aida serta tak nak masuk campur dengan urusan menanam bungkusan seperti perjanjian dengan bomoh itu.

Setahun selepas kejadian ini, Iqa menerima panggilan dari keluarga Aida mengatakan bekas kawan baiknya itu telah meninggal dunia.

Berita kematiannya memang mengejutkan saya. Saya tak tahu sama ada dia tanam atau tak bungkusan itu atau santau maut itu telah memakan dirinya sendiri.”

Apa-apa pun, Iqa berharap perkongsiannya ini dapat membuka mata orang lain supaya tak terlalu ikutkan dendam dan amarah hingga sanggup menyekutukan Allah.

 

Baca: “Sampai 15 kali” – Pawang Ugut Santau Keluarga Remaja 18 Tahun Kalau Enggan ‘Main’ Dengan Dia

Screenshot 2019 11 14 At 11.21.18 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.