in

“Tak pernah terfikir tidur alas simen, cukuplah 4 malam”-Brader Lempang Wanita Tak Bagi Signal Akhirnya Dibebaskan

Featured 12

Mungkin kalau dia angkat tangan atau minta maaf benda ni takkan jadi.

Sebelum ni kecoh mengenai seorang lelaki yang bertindak menampar pemandu wanita di Jalan Dato’ Keramat, Kuala Lumpur gara-gara wanita tersebut didakwa tidak memberi ‘signal’ pada Rabu lalu.

Memetik mStar ekoran kejadian tersebut, lelaki itu ditahan di lokap selama empat hari.

 

Tak pernah terfikir masuk lokap, cukuplah empat malam

Mohd Syukrey Adin, 37 tahun berkata dia tidak pernah terfikir untuk bermalam di atas tilam simen namun dia sedar semua yang berlaku ada pengajarannya.

Untuk pengetahuan semua, Syukrey disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat sehingga menyebabkan kerosakan harta benda dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

3 2

Mengimbas kembali kejadian tersebut, Syukrey berkata dia percaya situasi yang viral itu tak akan berlaku sekiranya semua pengguna jalan raya mengambil langkah berjaga-jaga dan bertanggungjawab terhadap pemanduan masing-masing..Yang ni admin setuju!

Saya manusia, ada perasaan tapi saya takkan suka-suka pukul orang lain. Tapi itulah, bila keadaan tak terkawal, saya terus bertindak macam tu”

 

Dalam video nampak seperti saya tumbuk tapi sebenarnya saya hanya tolak muka dia

Mengulas lanjut, Syukrey berkata dia memang marah jika melihat mana-mana pemandu bercakap atau menggunakan telefon semasa memandu kerana ia boleh membahayakan nyawa orang lain terutamanya penunggang motosikal.

“Dalam video nampak seperti saya tumbuk tapi sebenarnya saya hanya tolak muka dia”.

Sewaktu dalam tahanan polis, Syukrey berkata dia mengaku atas semua kesalahannya.

2 3
Sumber : mstar

“Saya memang mengaku salah dengan apa yang saya telah buat. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Saya dikenakan denda dan dibebaskan pada Isnin”.

“Saya dah banyak kali berdepan dengan situasi pemandu macam tu, harap insiden seperti ini tidak berlaku lagi.”

Pada masa sama dia berharap pemandu-pemandu kenderaan lain supaya lebih bertanggungjawab. Nyawa penunggang motosikal ini terletak di tangan mereka, katanya.

Betul jugak tu, give and take lah kan. Tak kisah lah pandu kereta ke tunggang motosikal ke, apa yang penting kena bawa hati-hati. Ingatlah orang yang tersayang.

 

Baca : Maaf kalau ada yang marah Isteri Lelaki Lempang Perempuan Mohon Maaf, Rupanya Suami Ada 5 Rekod Jenayah Lampau

1 5