in

“Maaf kalau ada yang marah…” – Isteri Lelaki Lempang Perempuan Mohon Maaf, Rupanya Suami Ada 5 Rekod Jenayah Lampau

Pukul 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kecoh di media sosial mengenai sebuah video viral yang menunjukkan seorang lelaki melempang seorang wanita gara-gara tidak memberikan signal.


Melempang
sumber: lobak merah

Berikutan tularnya video tersebut, polis kini dilaporkan sedang memburu lelaki terbabit dalam kejadian yang berlaku di Jalan Dato’ Keramat, Kuala Lumpur semalam, lapor Harian Metro

 

Suspek ada 5 rekod jenayah lampau melibatkan dadah dan khianat?

Mengimbas kembali apa yang berlaku semalam, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff berkata suspek pada mulanya telah menuduh mangsa masuk simpang jalan tanpa memberikan lampu isyarat.

 

Walau bagaimanapun, suspek tiba-tiba naik angin dan membuka topi keledar serta menghentak kereta mangsa. Akibat dari tindakan itu, mangsa kemudian keluar dari kenderaan untuk melihat kerosakan pada keretanya sebelum suspek maki hamun mangsa dan menampar muka serta menumbuk kepalanya. Aduhai! 

Menerusi siasatan polis, suspek didapati mempunyai 5 rekod jenayah lampau yang babitkan kes dadah dan khianat. 

59301436 591126331386332 6135392831381962752 N
sumber: facebook

 

“Aku terima dengan redha mungkin itu ujian dari Allah SWT. Yang salah tetap salah” 

Pun begitu, menerusi satu posting di Facebook, netizen telah mendedahkan status Facebook isteri mangsa yang dikenali sebagai Faridah yang memohon maaf atas tindakan suaminya yang mencetuskan kemarahan orang ramai.

Menurut Faridah, dia berharap kejadian ini dapat beri pengajaran buat suaminya untuk kurangkan sikap panas baran tersebut. Kesian pulak min baca status isterinya ini. 

59144734 591126364719662 5242197469567123456 N

58870175 591126298053002 4101899616872562688 N
sumber: facebook

Dalam pada itu, kes ini telah disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja serta kerana melakukan khianat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor R Sivanathan di talian 016-5903985 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Harap kes ini dapat diselesaikan dengan baik oleh pihak polis. 

Baca: “Aduh sesedap rasa ko lempang dia” – Gara-gara Tak Bagi Signal, Bro Ni Naik Tangan Belasah Wanita Di Tengah Jalan

Melempang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.