in

Tak Perlu Banyak, Dengan 3 Bahan Je Korang Dah Boleh Buat Biskut Raya!

Cats 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang nak buat kuih raya tapi tak cukup bahan? Nak beli kuih raya dekat luar macam mahal, nak buat sendiri bahan pula tak cukup. Macam mana ni?


Jangan risau, setiap masalah mesti ada penyelesaiannya.

Kitaorang akan kongsi resepi biskut raya yang hanya memerlukan 3 bahan sahaja tau. Biar betul 3 bahan je? 

Resepi ni memang senang gila dan korang patut cuba okey.

 

Biskut Semperit Susu

7Dad70E341186E4Ac2C1Ede4F7E44C4Dd03Abdf4

Bahan-bahan:

250 g mentega

5 cawan tepung jagung

1 cawan susu pekat

 

Cara-cara:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 150 darjah Celcius.
  2. Gaul mentega dan susu pekat sampai sebati dan masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sampai jadi doh.
  3. Masukkan doh dalam acuan semperit dan tekap ke atas dulang dan letakkan hiasan ikut cita rasa masing-masing.
  4. Bakar selama 15 minit sehingga masak.

SIAP!

 

Biskut Suji

R02319 Semolina Cookies

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

3/4 cawan gula kastor

1 cawan minyak sapi

 

Cara-cara:

  1. Masukkan gula kastor ke dalam tepung dan gaul.
  2. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit sampai sebati menjadi adunan.
  3. Bakar dalam suhu 170 darjah Celcius dalam tempoh 20-25 minit sehingga masak.

SIAP!

 

Biskut Tart Cardbury

Resepi Tart Cadbury

Bahan-bahan:

500 g tepung gandum

500 g mentega

Coklat Cadbury sejuk beku

 

Cara-cara:

  1. Campurkan tepung dengan mentega dan gaul sampai jadi doh.
  2. Bentukkan doh guna acuan kuih tart dan balut coklat Cadbury sampai tertutup.
  3. Panaskan oven pada suhu 159 darjah Celcius selama 5-7 minit.
  4. Sementara tunggu oven panas, sapukan kuning telur atas tart .
  5. Bakar dalam suhu 130 darjah Celcius selama 30 minit sehingga masak.

SIAP!

 

Biskut Milo Crackers

1 6

Bahan-bahan:

1 pek biskut Marie

1/2 cawan susu pekat manis

1/2 cawan milo

 

Cara-cara:

  1. Hancurkan biskut Marie sampai jadi seperti serbuk roti.
  2. Masukkan susu dan milo sedikit demi sedikit sampai sebati.
  3. Gaul dan bentukkan adunan ikut cita rasa masing-masing.
  4. Masuk dalam peti sejuk selama setengah jam.

SIAP!

 

Biskut Mentega

41237B68B2Afed1570B1B3F99Ccb9F40

Bahan-bahan:

350 g mentega

1/2  cawan gula icing

1 cawan tepung gandum

 

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah Celcius.
  2. Gaulkan mentega dan gula icing.
  3. Masukkan tepung ke sedikit demi sedikit dan gaul sampai sebati sehingga menjadi doh.
  4. Tekap adunan dengan acuan.
  5. Bakar selama 20-25 minit sehingga bertukar warna kekuningan.

SIAP!

 

Biskut Hazelnut

Screenshot 20200516 073324

Bahan-bahan:

100 g kacang hazelnuts

4 biji putih telur

Gula

 

Cara-cara:

  1. Panggang kacang hazelnuts dalam oven pada suhu 180 darjah Celcius selama 15 minit.
  2. Buang kulit kacang dan kisar kasar.
  3. Panaskan oven dalam suhu 150 darjah Celcius dan lapikkan dulang dengan kertas minyak.
  4. Pukul putih telur sehingga kembang menjadi meringue.
  5. Masukkan gula dan kacang ke dalam adunan putih telur.
  6. Sudukan adunan ke atas dulang dan bakar selama 30 minit.

SIAP!

 

Biskut Susu

Resepi Biskut Susu Premium

Bahan-bahan:

250 g Buttercup

1/2 tin susu pekat

500 g tepung jagung

 

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 140 darjah Celcius
  2. Kacau butter sehingga hancur .
  3. Masukkan susu pekat dan kacau lagi.
  4. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
  5. Bentukkan adunan ikut acuan masing-masing.
  6. Bakar selama 15 minit sehingga masak.

SIAP!

 

Brownies

Crinkle Top Brownies Thumbnail Scaled 1

Bahan-bahan:

1/2 cawan tepung gandum

2 biji telur

1/4 cawan Nutella

 

Cara-cara:

  1. Sapukan mentega pada loyang dan panaskan oven pada suhu 180 darjah Celcius.
  2. Campur kesemua bahan dan gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar sehingga 15 minit.

SIAP!

 

Menjadi ke?

Belum cuba belum tahu kan? Senang gila nak buat resepi yang kitaorang kongsi ini sebab bahan pun cuma 3 sahaja dan tak ambil masa yang lama. Mudah dan jimat. Yang belum ada juadah biskut raya, boleh cuba resepi ringkas ini.

Selamat mencuba semua.

 

Sumber: Mimi Azirah, RASA

Baca:Ini 4 Resipi Kuih Raya Popular Dan Mudah Untuk Korang Cuba Tahun Ini!

6666

Sumber: Dari Dapur
Sumber: Pinterest
Sumber: Mimi Azirah
Sumber: Dari Dapur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.