Pengacara terkenal Malaysia, Ain Edruce yang selalu nampak ceria sebenarnya berselindung dengan kisah sedih dirinya belum diberi rezeki menimang cahaya mata kedua.
Ain melalui media sosialnya baru-baru ini berkongsi video momen indah dirinya serta keluarga ketika mendapat tahu tentang kandungan anak kedua lalu disahkan gugur sebelum tiba hari raya Aidilfitri.
“Simpan sini buat kenangan”
Dalam video tersebut, Ain pada mulanya menunjukkan ujian kehamilan yang bertanda dua garis itu kepada suaminya, Amirul serta ibunya. Jelas pada wajah, mereka sangat gembira dan pasti tidak sabar menunggu kelahiran malaikat kecil itu.
Artikel berkaitan: “Jangan bagi mummy and daddy takut dah tau” – Ain Edruce Kongsi Keadaan Terkini Anak Selepas Diserang Sawan
Artikel berkaitan: “First time jumpa aku reject!” – Ain Edruce Kongsi Cerita ‘Blind Date’ Dengan Amirul
Anak sulung Ain iaitu Soraya antara yang paling seronok kerana bakal mendapat adik baru. Dia juga selalu mencium perut Ain.
“Sakit gugur lagi sakit dari bersalin”
Bagaimanapun, Ain telah dimasukkan ke hospital kerana disahkan gugur kandungan keduanya itu. Dia mengalami pendarahan tanpa henti dari rumah sehingga masuk ke wad kecemasan.
Betul orang cakap sakit gugur tu lagi sakit dari bersalin. Waktu ni aku pendarahan non stop. Dari rumah sampai emergency.
Tak pernah aku rasa sakit macam ni dalam hidup aku. Ubat pain killer paling kuat pun tak dapat fight betapa sakitnya aku time ni.
Ain turut memberitahu anaknya, Soraya tentang berita sedih itu lau Soraya terus menenangkan ibunya.
Time ni aku bagitau Soraya, “No more baby adik”. Kita orang dua-dua nangis. Soraya cakap kat aku “It’s okay, later Allah give new baby adik.”
Di akhir video, Ain turut berkongsi gambar raya keluarga mereka. Masing-masing tersenyum lebar namun sebenarnya ada kisah pilu yang mereka sembunyikan.
@ain.edruce Simpan sini buat kenangan. Tak de rezeki soraya nk ada adik lagi ❤️❤️❤️
Meninjau di ruangan komen, ramai warganet bersimpati dengan Ain dan mereka menceritakan pengalaman keguguran anak sebelum ini.
InsyaAllah ada yang terbaik untuk Ain dan family lepas ni..
Sumber: TikTok