Walaupun ramai yang kecewa tak dapat pulang beraya di kampung tahun ini, tapi janganlah jadikan sebab untuk tidak beraya pulak tahun ini! Boleh sahaja kalau nak beraya, yang penting jaga SOP je dan patuhi semua arahan yang telah ditetapkan kerajaan.
Sebut pasal kemeriahan raya ni, pastinya tak dapat lari daripada beratus atau mungkin ribuan pilihan kuih raya dipasaran. Walaupun ada yang dijual, tapi masih ramai lagi yang memilih untuk buat sendiri kuih raya kan?
Kalau korang nak cuba buat kuih raya tahun ini, ini kitorang ada senarai resipi kuih raya yang popular untuk korang cuba. Jom baca kat bawah ni.
1. Semperit
- 2 cawan tepung kastard
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung jagung
- 1 cawan butter
- 1/2 cawan susu pekat
- sedikit pewarna kuning
- sedikit esen vanilla
- 2 sudu besar susu tepung(optional)
- Kacau butter,susu,pewarna dan esen vanilla sehingga sebati.
- Masukkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam adunan butter, kemudian kacau sehingga sebati.
- Masukkan sedikit demi sedikit tepung kastard sambil uli adunan. Pastikan uli sehingga adunan lembut. Jangan masukkan semua tepung kastard. Berhenti bila doh sudah menjadi lembut.
- Masukkan doh ke dalam acuan tart dan pipekan ke atas dulang pembakar (telah disapu dengan butter).
- Sapukan campuran telur kuning dan pewarna kuning keatas semperit anda.
- Bakar semperit pada suhu 160c selama 15 minit atau sehingga biskut menjadi perang.
2. Biskut Mazola
Bahan – bahan
- 1 kg kacang tanah kisar (ada jual di supermarket untuk buat kuah kacang).
- 1 kg tepung gandum (1 bungkus).
- 700 ml minyak mazola (1 botol setara 1 liter, jangan habiskan)
- 2 cawan gula icing (atau 1 cawan gula icing 1 cawan gula perang lembut)
- 1 sudu besar garam halus
- Kacang untuk hiasan
- Kuning telur untuk hiasan
Cara – cara
- Masukkan 1 kg kacang kisar dalam bekas.
- Tambahkan 1 sudu besar garam.
- Masukkan 1 kg tepung gandum, pastikan korang habiskan sebungkus tepung tu. Jangan simpan.
- Tambahkan 1 cawan gula perang, pastikan sukatannya adalah satu cawan. Tak lebih dan tak kurang dari itu. Kalau tak suka gula perang, boleh gantikan dengan gula icing.
- Tambahkan pula 1 cawan gula icing, gaul rata semua bahan diatas dan selepas itu masukkan minyak dan gaul lagi.
- Bentukkan kuih menggunakan sudu sukatannya adalah 1/2 sudu makan.
- Letak kacang (untuk hiasan) dan sapu kuning telur.
- Dah selesai semua, bakar selama 15 minit, suhu 160 darjah Celcius.
3. Chocolate Chip
Bahan – bahan
Untuk membuat biskut Chocholate Chip ini, ada dua bahan iaitu :
Bahan A (Dikacau sebati):
- 250 gram mentega
- 1 1/4 cawan gula perang
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 biji telur
Bahan B:
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 6 sudu besar minyak
- 2 cawan cip coklat
Nota : 1 cawan = 250g ye
Cara – cara
- Kacau kesemua bahan A sehingga sebati, kemudian masukkan semua bahan B kecuali cip coklat.
- Gaulkan dan kacau rata kesemua bahan sehingga sebati, tambahkan 2 cawan cip coklat.
- Masukkan ke dalam peti sejuk selama setengah jam dan keluarkan adunan.
- Adunan siap untuk dibakar.
- Tips : Semasa susun di atas loyang, jarakkan jauh sedikit di antara satu sama lain untuk beri ruang kepada biskut untuk mengembang.
- Bakar selama 20 minit pada suhu 150C menggunakan api atas dan bawah, atau mengikut kepanasan ketuhar masing masing.
4. Pocky Dalgona Toffee
Bahan – Bahan :
- Satu cawan gula putih
- Baking soda 1/4 sudu
- Pocky Chocolate & Strawberry
Cara – cara :
1.Potong Pocky kecil – kecil
2.Cairkan gula putih sehingga menjadi karamel
3.Masukkan baking soda dan kacau campuran dengan laju
4.Letak campuran gula atas baking tray yang sudah dilapik dengan baking paper
5.Taburkan Pocky yang telah di potong tadi keatas campuran gula tersebut
6.Patah-patahkan dan sedia untuk dihidang
Senang kan resepi ni? Sebenarnya, kalau korang nak tahu, ia merupakan resipi perkongsian Dapooq Pdot tau sempena #MasakMasakDenganPocky Edisi Ramadan.
Kalau nak tahu, sempena Ramadan 2021 ni, Pocky ada berikan banyak lagi idea masakan menggunakan produk mereka dan pastinya korang boleh ikut serta dengan menggunakan resepi yang disediakan oleh chef – chef terhebat yang mengambil bahagian dalam #MasakMasakDenganPocky Edisi Ramadhan kali ini!
Alang-alang tu, jom Sertai Pertandingan #MasakMasakDenganPocky siap dapat hadiah lagi tau! Caranya mudah je: