in

“Tak percaya topeng muka boleh lindungi dari Covid-19” – Rakyat Hong Kong Enggan Pakai Topeng Muka

Mask Covid 19 Watermark

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Virus Covid-19 ni makin hari makin membimbangkan sebab hampir semua negara dah ada kes virus ni. Bilangan topeng muka pun makin hari makin sikit je kat pasaran sebab semua nak lindungi diri masing-masing dari bahaya virus tu.


*Penulis cari kat farmasi pun hampir semua dah nak habis.

Namun, lain pulak cerita dekat Hong Kong ni. Menurut Asia One, ramai jugak la rakyat Hong Kong yang tak nak pakai topeng muka sekarang ni semasa wabak masih aktif.

Seorang ketua jurulatih senaman di gimnasium, Joshua Meninga, 31 tidak percaya bahawa topeng tersebut boleh melindungi dirinya daripada terkena jangkitan virus tu. What? Boleh pulak macam tu ya?

Covid

Jadi, dia ambil keputusan untuk sentiasa basuh tangan dan tidak akan menyentuh mukanya dalam usahanya untuk elakkan wabak tu.

Bukan dia je, remaja yang berusia 18 tahun, Simon Lau Ying-yuen pun kata dia tak pakai topeng muka sebab dia percaya dirinya masih muda dan risiko untuk terkena Covid-19 adalah rendah untuk golongan belia.

Namun, Dr Joseph Tsang Kay-yan, pakar perubatan berkata golongan yang enggan menggunakan topeng muka sebenarnya tengah mendedahkan diri mereka dengan wabak tu. Siapa je yang nak terkena wabak tu kan?

Menurut Dr Joseph lagi, memang lah basuh tangan boleh kurangkan risiko penyakit tapi pemakaian topeng muka pun penting jugak sebab virus ni boleh tersebar melalui sentuhan dan udara.

Jadi kalau terbersin pun, boleh akibatkan orang-orang sekeliling dijangkiti.

Disebabkan topeng muka tak boleh melindungi individu secara 100 peratus, Doktor Joseph menasihati individu yang enggan memakai topeng kena berada sekurang-kurangnya enam langkah jauh daripada orang di sekeliling untuk kurangkan risiko wabak.

Korang pakai je topeng muka sebab boleh kurangkan risiko daripada dijangkiti. 

Baca: “Virus itu datang dari tempat lain” – Kajian Terkini Dapati Covid-19 Bukan Berpunca Dari Pasar Haiwan Di Wuhan

Covid 19

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.