in

Tak Pedulikan Wabak Covid-19, Rakyat Thailand Buat Tunjuk Perasaan Desak Perdana Menteri Letak Jawatan

Ft Thai

Dalam dunia sibuk menangani wabak pandemik, tak dinafikan isu politik masih belum surut.

Bukan sahaja di negara kita, tapi juga di beberapa negara Asia lain seperti Indonesia, dan Thailand.

Perhimpunan yang diadakan dengan tujuan untuk menggulingkan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-Cha, serta mereformasikan sistem monarki menyebabkan kerajaan Thailand mengenakan darurat. 

Tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan itu membolehkan berlakunya rampasan peranti komunikasi eletronik, data dan senjata yang disyaki digunakan oleh kumpulan penunjuk perasaan ini, lapor Berita Harian

 

Capture 1 6 1

Rampasan kuasa punca kemarahan rakyat

Tunjuk perasaan tersebut dikatakan tercetus apabila golongan belia serta aktivis pelajar melancarkan gerakan untuk menggulingkan jawatan Perdana Menteri selepas beliau menaiki takhta melalui rampasan kuasa.

Sungguhpun tiada kepastian bahawa tunjuk perasaan di Bangkok pada hari ini akan diteruskan atau sebaliknya, jurucakap kerajaan telah memberi peringatan kepada orang ramai.

“Polis memberikan amaran kepada peserta demonstrasi kerana mereka tidak lagi dibenarkan untuk berhimpun dan jika gagal, tangkapan boleh dibuat,” 

 

Capture 6 2

 

Keadaan semakin tegang

Dalam kejadian semalam, pihak polis telah memperketatkan kawalan di perkarangan Monumen Demokrasi di Bangkok.

Walaubagaimanapun, peserta perhimpunan tersebut dikatakan berjaya membolosi halangan hingga melepasi laluan yang dilalui oleh Raja Maha Vajiralongkorn dan keluarganya.

Tindakan tersebut menyebabkan polis diarahkan untuk mengambil kepada kumpulan perserta itu kerana menganggu konvoi diraja.

“Tindakan juga diambil terhadap mereka yang disifatkan ‘melakukan tindakan tidak sepatutnya terhadap raja’,”

Jika dilihat dengan lebih mendalam isu ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada pemerintahan negara malah akan memberi kesan kepada kesihatan.

Pengumpulan individu dalam satu kawasan tanpa jarak sosial tidak dinafikan akan mendedahkan negara itu dengan wabak Covid-19 yang sedang melanda.

Min harap semua pihak dapat ambil inisiaitf yang sesuai bagi menangani isu ini, semoga mereka juga terselamat daripada jangkitan virus itu. 

 

Baca : Sugar Baby Sugar Boy Indonesia Sepakat Dedah Rahsia Menteri Jika Tak Mansuh Omnibus Law

Capture 6 1