in

“Tak payah jadi doktor lah kau!” – Dentist Angkat & Hempas Badan Pesakit Umur 7 Tahun Sebab Takut Nak Cabut Gigi

Dentist Kejam

Biasalah kalau budak-budak takut pergi klinik gigi. Kita yang dewasa pun ada sesetengah yang masih rasa seriau bila kena cabut gigi, kan? Tapi, seorang doktor gigi baru-baru ini bertindak kasar dan kejam terhadap salah seorang pesakitnya berusia 7 tahun, lapor Daily Mail.

Satu rakaman video CCTV tersebar di internet menunjukkan kejadian yang berlaku di sebuah klinik gigi dekat bandar Aktau, Kazakhstan. Dua orang jururawat dikatakan turut berada di dalam bilik rawatan untuk membantu doktor bernama Tolegen Mukhambetov berusia 26 tahun itu.

Dentist
sumber: daily mail

Difahamkan, dari awal lagi ibu kanak-kanak lelaki itu, Kyzgaldak Saparova sudah memberitahu Tolegen yang anaknya sedang takut sebab nak cabut gigi.

Selama 2 jam saya cuba pujuk dia untuk buka mulutnya. Tiga kali kami masuk ke dalam bilik rawatan tetapi dia terlalu takut dan tak mahu buka mulutnya.”

Akhir sekali, doktor gigi itu dengan garangnya menyuruh saya bawa masuk anak. Saya terus keluar dari bilik rawatan dan tunggu di koridor. Saya dengar anak memanggil, ‘Mama, mama’.”

Rupanya ketika di dalam bilik rawatan, Tolegen telah mengasari kanak-kanak tersebut. Dia dikatakan mengugut sebelum mengangkat mangsa dari atas kerusi rawatan sebelum menggoncang dan menghempaskan badan kanak-kanak tersebut semula ke atas kerusi.

Dentist2

Dentist3

Dentist4
sumber: daily mail

Kedua-dua jururawat terkejut dan tidak sempat berbuat apa-apa kerana tidak menyangka Tolegen akan bertindak kasar sebegitu. Selepas diperlakukan begitu, mangsa terus memaklumkan kepada ibunya dan berkata,

Doktor gigi ini pukul saya.”

Saparova terkejut selepas ditunjukkan video rakaman CCTV  dan terus membuat laporan polis.

Saya nampak doktor gigi itu bertindak kasar dengan anak lelaki saya dan mengugut menggunakan peralatannya.”

Menurutnya, gigi anaknya masih belum dirawat dan kini masih trauma serta ketakutan untuk ke klinik gigi. Pihak polis sahkan mereka kini sedang siasat dan sudah periksa kecederaan yang dialami mangsa.

Namun, doktor itu sudah mengeluarkan kenyataan dan berkata dia tidak memukul sebaliknya hanya menarik kanak-kanak itu dengan kuat.

Saya takutkan dia sikit untuk suruh dia duduk. Semua tu semata-mata untuk cabut gigi dia.”

Tolegen kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa dan mengikut undang-undang dia mungkin boleh dipenjarakan 10 hari atau didenda.

Baca: “Teruk sangat ke sangapnya?!” – Doktor Belasah, Kurung Teman Wanita Dalam Rumah Sebab Tolak Ajakan Buat Seks

Doktor Konon