in

“Tak payah fikir pasal ‘super apps'” – Fahmy Fadzil Kritik Fungsi ‘Check-out’ MySejahtera

Ft Mysejahtera Check Out

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menkritik beberapa ciri baharu yang ada dalam MySejahtera ini, salah satunya adalah butang check out.



Menurutnya, ramai pengguna ‘terlupa’ untuk menekan butang itu selepas keluar dari premis atau sesuatu tempat kerana tiada peringatan diberikan untuk melengkapkan fungsi ‘check in’, lapor Astro Awani.

 

Ramai ‘complain’ lupa ‘check-out’

Mysejahtera Check Out

Membahaskan Titah Diraja, Fahmi dalam Mesyuarat Penggal Keempat parlimen ke-14 hari ini menggesa pihak KKM untuk menjelaskan perkara tersebut selain menambah baik aplikasi sedia ada.

“Contohnya hari ini ramai dalam kalangan kita yang masukkan ke dalam Dewan ini, yang ‘log in’ tetapi tak ‘log out’, kita tak diberikan peringatan. Malah, ada yang seakan-akan tidur semalam di Parlimen sebab tak ‘check-out’ di Parlimen.”

“Jadi, apakah sebenarnya yang boleh kita lakukan? Tak payah fikir pasal ‘super apps’, tetapi kita baikilah aplikasi yang ada sekarang ini.”

Untuk rekod, Menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan aplikasi MySejahtera dikemas kini dengan penambahan kemudahan paparan status vaksinasi dan risiko pengguna.

Selain itu, satu butang ‘daftar keluar’ turut ditambah ke dalam aplikasi MySejahtera bagi menambah baik usaha menjejaki kontak rapat.

 

Baca : “Check betul-betul” – 523 Individu Status Merah Dikesan Check In MySejahtera, Degil Masuk Pasar Raya

Check In Mysejahtera Walaupun Status Merah

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.