in

“Check betul-betul” – 523 Individu Status Merah Dikesan Check In MySejahtera, Degil Masuk Pasar Raya

Check In Mysejahtera Walaupun Status Merah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi kemestian bagi mana-mana individu yang nak check in MySejahtera di mana-mana tempat, status mereka mestilah bukan berstatus merah dan sudah dua dos vaksinasi lengkap.


Namun Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa terdapat 523 check in ke pelbagai premis yang didapati berstatus merah atau berisiko tinggi dijangkiti COVID 19 pada minggu ini. Alamak… 

Mysejahtera Covid 19 Status Allowed And Now Allowed

Menurut mStar, 18 peratus daripada jumlah itu berlaku di pasar raya yang mana merangkumi mereka yang positif COVID 19 ataupun yang sudah mendapat perintah kuarantin di rumah.

Oleh itu, Menteri Kesihatan kini menggesa pemilik-pemilik premis supaya melakukan pengawasan yang lebih ketat dalam kemasukan ke premis.

Ini bermaksud pengawal atau jaga di situ tidak jaga betul-betul dan melepaskan sahaja.

“Jadi, kita minta supaya pasar raya, kedai runcit dan di mana-mana sahaja supaya mereka melihat betul-betul status MySejahtera sebelum mereka dibenarkan masuk.

“Ini juga bermaksud ada ketidak patuhan kepada perintah kawalan kuarantin di rumah bagi mereka yang positif ataupun kontak rapat,” katanya semalam.

Khairy Jamaluddin

Tambah Khairy lagi, dia juga memerlukan kerjasama daripada pemimpin masyarakat dan pegawai daerah untuk memastikan mereka yang enggan divaksinasi ini akan tampil menerima vaksin.

Kemasukan ke masjid dan kawasan-kawasan lain juga perlu diperiksa betul-betul untuk mengelakkan perkara tak diingini berlaku.

“Kita perlu kerjasama dari pemimpin-pemimpin masyarakat, pegawai-pegawai daerah untuk memastikan mereka yang enggan divaksinasi akan tampil menerima vaksin termasuk penguatkuasaan SOP (prosedur operasi standard) vaksinasi.

“Jadi, kemasukan ke masjid dan sebagainya mesti check betul-betul. Saya minta jawatankuasa masjid pastikan sama ada mereka yang datang ke masjid betul-betul telah lengkap terima vaksinasi.

“Ini adalah cara untuk pastikan mereka yang belum divaksinasi akan divaksinasi, untuk pastikan bahawa kita menguatkuasakan check kepada vaksinasi ini,” katanya lagi.

Uish kalau macam ni bahaya lah. Harap guard yang bertugas check betul-betul MySejahtera mereka yang nak masuk premis. 

Baca: “Hati-hati IC korang” – Individu Lain Positif, Adik Bingung MySejahtera Kakak Pula Yang Jadi ‘Merah’

Mysejah

Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.