Seperti yang kita semua tahu, peraturan di pawagam tidak membenarkan membawa makanan luar dan hanya boleh membawa makanan yang dijual di pawagam tersebut.
Setiap peraturan yang dibuat pasti ada sebabnya. Misalnya, jika semua membawa makanan luar ke dalam pawagam, potensi untuk makanan itu tumpah, bersepah dan ditinggalkan memang ada.
Disebabkan itu, pemeriksaan beg dilakukan ketika semakan tiket sebelum dibenarkan masuk ke dalam pawagam.
Namun, baru-baru ini seorang pengguna TikTok telah berkongsi sebuah video yang memaparkan cara dia ‘menyeludup’ makanan luar ke pawagam.
Tips seludup makanan dalam panggung wayang
Kredit TikT0k @/ahroooon pic.twitter.com/60UZHkco7C
— TikTok Berguna (@TikTokBerguna) June 5, 2023
Menerusi video tersebut, lelaki tersebut memasukkan makanan seperti burger, kentang goreng dan air di dalam kotak kasut. Kemudian, dia meletakkan kotak tersebut ke dalam plastik seolah-olah baru sahaja membeli ‘kasut’ untuk mengaburi staf pawagam.
Perkongsian itu bagaimanapun telah mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya mengkritik tindakan lelaki itu yang berkongsi trik tersebut di media sosial.
Menjengah di ruangan komen, ramai mengakui pernah melakukan trik sebegitu dan berasa bimbang jika selepas ini mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan video tersebut tular.
Bukan sahaja membawa makanan luar masuk ke dalam pawagam, malah tindakannya merakam dalam pawagam ketika filem sedang ditayangkan turut dikritik oleh orang ramai.
Video itu juga telah menarik perhatian salah satu syarikat pawagam Malaysia dengan respon, “noted with thanks”. Difahamkam, rakaman video itu dilakukan di pawagam luar negara.
Baca: Hebat, 685 Spider-Man Berhimpun Untuk Pecahkan Rekod Dunia Guinness!