Bersempena dengan tayangan filem Spider-Man baharu – Spider-Man: Across The Spider-Verse, yang kini sedang ditayangkan di pawagam – pengedar filem Sony Pictures Malaysia dan Aeon Mall telah menjemput peminat untuk mengambil bahagian dalam satu perhimpunan besar yang bertujuan untuk memecahkan rekod dunia sedia ada.
Pada Sabtu (3 Jun) lalu, ramai yang hadir di Aeon Mall Bukit Tinggi, di Klang, Selangor, dengan memakai kostum Spidey. Perhimpunan ini telah dihadiri oleh 685 Spider-Man dari seluruh Malaysia! Hebat bukan!
Menurut kenyataan akhbar daripada Sony Pictures, rekod sebelum disandang oleh satu perhimpunan yang berlaku di India pada 15 Disember 2021 yang dihadiri oleh 601 Spider-Man.
Usaha untuk memecahkan rekod bermula pada pukul 4 petang, dengan pengadil rasmi Guinness, Kazuyoshi Kirimura, meminta semua yang berpakaian sebagai Spider-Man untuk kekal di kawasan yang ditetapkan sekurang-kurangnya selama lima minit.
Pada pukul 4.40 petang, pengadil mengesahkan bahawa Malaysia berjaya memecahkan rekod tersebut.
Kini, Rekod Dunia Guinness bagi “Perhimpunan Terbesar dalam Kostum Spider-Man” milik Malaysia dengan jumlah 685 Spider-Man dalam satu tempat.
Ramai betul Spider-Man kat Malaysia ni ye!
Sumber: The Star
Baca: ‘Mantap abe!’ – [VIDEO] Ramai Puji Peniaga Pakai Maskot Spiderman Bantu Nenek Lintas Jalan